Now Reading
SOP Fasa 2: Pelan Pemulihan Negara Oleh MKN Dikemaskini Pada 6 Julai

SOP Fasa 2: Pelan Pemulihan Negara Oleh MKN Dikemaskini Pada 6 Julai

SOP ini adalah untuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, dan Pulau Pinang sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 3 Julai lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa lima buah negeri telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa 5 Julai 2021.

BACA SINI: [Just In] Five States To Go Into Phase 2 on 5 July

Dan pada 7 Julai, Pulau Pinang juga telah beralih ke Fasa-2.

Peralihan keenam-enam negeri itu ke fasa seterusnya adalah kerana negeri-negeri terbabit berjaya mencapai tiga indikator nilai ambang yang ditentukan iaitu:

  • Kes harian Covid-19 bawah 4,000
  • Peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU)
  • Vaksinasi dua dos meliputi 10% daripada keseluruhan populasi

Dengan ini saya hendak sekali lagi maklumkan bahawa terdapat lima negeri yang telahpun memenuhi tiga indikator, dan boleh beralih ke Fasa 2 iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Peralihan ke Fasa 2 ini berkuat kuasa pada 5 Julai 2021.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Astro Awani.

SOP Fasa 2: Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk negeri Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Pulau Pinang


Aktiviti Dibenarkan

  • Sektor Perkhidmatan Perlu yang dibenarkan.
  • Membeli atau mendapatkan barang keperluan.
  • Mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan.
  • Menjalankan urusan Rasmi Kerajaan.

Aktiviti Tidak Dibenarkan

  • Pergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM.
  • Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.
  • Sila rujuk Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan.

Arahan Tetap

Kawalan Pergerakan

  • Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).
  • PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.
  • Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya.
  • Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, program vaksinasi, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.
  • Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua (2) orang sahaja termasuk pemandu, penumpang mesti duduk di belakang.
  • Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri (kecuali pengangkutan pekerja) bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.
  • Bilangan orang yang dibenarkan di dalam Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan adalah berdasarkan kapasiti kenderaan.
  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
  • Aktiviti pemunggahan melibatkan barangan non-essential di kilang – kilang terhad kepada penghantaran dan penerimaan barangan atau kargo dalam simpanan stok (stockpile) sedia ada dengan tujuan import dan eksport sahaja dengan jumlah pekerja yang terhad. Waktu pemunggahan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam pada Isnin, Rabu dan Jumaat.
  • Aktiviti pemunggahan melibatkan barangan essential tidak tertakluk kepada sekatan ini dan berjalan seperti biasa.
  • Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti pengangkutan pekerja, bas henti-henti, bas ekspres, feri dan lain-lain pengangkutan awam dibenarkan beroperasi berdasarkan 50% kapasiti kenderaan (waktu operasi dan frekuensi tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan).
  • Pergerakan bagi kes kematian dan bencana alam dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Pergerakan bantuan bencana atau kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.
  • Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
  • Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis.
  • Rentas negeri dan daerah bagi pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan ke/dari negeri-negeri Fasa 2 dengan kebenaran PDRM.
  • Pergerakan bagi Pelawat Perniagaan Jangka Pendek di bawah kelulusan Inisiatif One Stop Centre (OSC) untuk tujuan rasmi atau perniagaan dibenarkan setelah mendapat kebenaran PDRM.

Protokol Kesihatan Umum

  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
  • Handsanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
  • Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain-lain).
  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.
  • Majikan, pekerja, pelanggan dan pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca (sekiranya tiada liputan internet) sebelum memasuki premis termasuk di pejabat Kerajaan, swasta dan persendirian.
  • Bagi kompleks membeli belah, pasar raya atau departmental store, pelanggan hanya perlu menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap premis perniagaan bawah satu kompleks.
  • Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah tidak dibenarkan memasuki kompleks dan premis.
  • Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” termasuk “Casual Contact Low Risk” dalam MySejahtera dibenarkan masuk ke kompleks atau premis masing-masing.
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan, pendidikan dan senaman. 
  • Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dalam sesuatu masa. 
  • Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis. 
  • Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setia paras. 
  • Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betulmengikut saranan KKM ketika berada di premis. 
  • Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis. 
  • Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yangsesak kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti berikut: Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah. 
  • Ruang kerja bersendirian. 
  • Aktiviti sukan dan rekreasi outdoor. 
  • Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah. 
  • Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain. 
  • Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain di restoran atau premis makanan).

Perkhidmatan Awam

Pengoperasian pejabat Kerajaan dilaksankan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) menggunakan pendekatan berikut:

  • Kehadiran di Pejabat hanya dibenarkan bagi perkhidmatan perlu dan tidak melebihi 40% bagi keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan) dan 60% BDR secara penggiliran.
  • Perkhidmatan kaunter dibuka tertakluk kepada arahan semasa Ketua Setiausaha Negara (KSN).
  • Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.

*Tertakluk kepada arahan semasa Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Perkhidmatan Swasta

  • Semua sektor perkhidmatan perlu yang diluluskan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP tertakluk kepada surat kelulusan Kementerian yang berkaitan yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan.
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 80%. 

Mesyuarat

Mesyuarat perlu dilaksanakan secara sidang video.

Seminar, Bengkel, Kursus Latihan dan Ceramah

  • Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah tidak dibenarkan kecuali latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan dalam kawasan latihan menerusi kaedah Camp Based Training. 
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah yang dilaksanakan secara dalam talian (online) adalah dibenarkan. 

Perniagaan dan Perkhidmatan

  • Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran. 
  • Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan dalam tempoh PKP. 
  • Aktiviti berkelah tidak dibenarkan. 
  • Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam
  • Kedai keperluan harian seperti kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai barangan bayi dan barangan keagamaan dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam
  • Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi. 
  • Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. 
  • Stesen minyak boleh beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol boleh beroperasi sehingga 24 jam. 
  • Pasar raya, pasar raya besar dan departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. 
  • Kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. 
  • Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. 
  • Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pasar

  • Pasar harian dan pasar awam dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 2.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT. 
  • Pasar Segar Terkawal (PST) dibenarkan beroperasi dari 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. 
  • Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Komplek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 4.00 petang. 
  • Pasar borong dibenarkan beroperasi dari jam 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT. 
  • Pasar Tani dan Pasar Pagi dibenarkan beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi terhad kepada komoditi utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
  • Pasar malam dan pasar minggu tidak dibenarkan beroperasi. 

Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan, dan Komoditi

  • Tertakluk kepada Senarai Perkhidmatan Perlu Mengikut Sektor – Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi yang dibenarkan beroperasi.
  • Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan.

Perlombongan dan Pengkuarian

  • Pengoperasian lombong dan kuari adalah dibenarkan dengan kapasiti pekerja sehingga 80% tertakluk kepada SOP Perlombongan dan Pengkuarian.

Pendidikan

  • Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain ditutup. IPT di bawah kawal selia KPT diteruskan secara dalam talian.
  • Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar bawah KPM ditutup.
  • Pelajar dan calon yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara dibenarkan hadir ke sekolah merentasi daerah dan negeri mengikut takwim persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan dokumen pengesahan daripada KPM, MARA atau Kementerian / Agensi yang berkaitan. Pergerakan pergi dan balik ke sekolah boleh ditemani oleh seorang penjaga.
  • Pergerakan guru atau tenaga pengajar bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kelas-kelas yang terlibat dalam peperiksaan dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM, MARA atau Kementerian / Agensi yang berkaitan.
  • Pergerakan bagi kemasukan pelajar-pelajar ke asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan oleh KPM adalah dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM, MARA atau Kementerian / Agensi yang berkaitan.
  • Bagi pelajar yang memerlukan rentas negeri daripada Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan atau sebaliknya perlu mematuhi peraturan kuarantin yang sedang berkuat kuasa.
  • Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan antarabangsa dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa.
  • Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan.
  • Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.
  • Pelajar yang berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dibenarkan untuk berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.

Tabika, Taska, Tadika, dan Pusat Jagaan Berkediaman

  • Tabika, taska, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun tidak dibenarkan beroperasi kecuali untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan petugas barisan hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu.
  • Pusat jagaan berkediaman atau pusat rehabilitasi bagi kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan.

Keagamaan

  • Aktiviti solat fardu dihadkan kepada maksima 12 orang jemaah sahaja tertakluk kepada pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Aktivitilaintidakdibenarkantertaklukkepadapihak BerkuasaAgamaNegeri.
  • Upacara pernikahan (akad nikah) Islam dibenarkan hanya di Pejabat / Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Pengurusan pengebumian jenazah orang Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapanpihak BerkuasaAgamaNegeri.
  • Aktiviti Rumah Ibadat Selain Islam adalah dihadkan kepada maksima 12 orang penganut sahaja.
  • Pendaftaran perkahwinan bagi selain orang Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rumah Ibadat dan Persatuan Agama dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak JPN.
  • Pengurusan pengebumian selain orang Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Sukan dan Riadah

  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang- kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka dalam lingkungan 10 km dari kediaman bermula jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. Aktiviti tersebut adalah seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, skate boarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), golf, permotoran dan seumpamanya
  • Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka dengan pematuhan kepada 50% kapasiti penggunaan/ kawasan. Manakala, pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan separa terbuka awam adalah TERTAKLUK kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi SELAIN daripada fasiliti terbuka (outdoor) dan separa terbuka adalah TERHAD bagi tujuan pengurusan perlu (kewangan, penyelenggaraan dan seumpamanya) sahaja dengan pematuhan tidak melebihi 30% kapasiti tenaga kerja.
  • Penganjuran kejohanan atau pertandingan secara kuarantin dan tertutup TANPA kehadiran penonton/ penyokong mengikut Model Gelembung Sukan TERHAD kepada anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Liga Bola Sepak Malaysia (Malaysian Football League) dan Kejuaraan Petronas Cub Prix sahaja.
  • Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.
  • Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL) menggunakan Model Gelembung Sukan (Camp Based Training).
  • Penyertaan atlet/ jurulatih/ pegawai/ teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara TERTAKLUK kepada kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) DENGAN sokongan KBS/ MSN.

Industri Kreatif

  • Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung merangkumi animasi, penggambaran filem, drama, promosi, sitkom dan seumpamanya, termasuk aktiviti seni tari, seni teater, seni muzikal, persembahan kebudayaan dan warisan serta seni muzik tidak dibenarkan kecuali bual bicara dan live streaming secara individu.
  • Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung program berbentuk penyampaian maklumat (selain daripada hiburan) seperti berita, forum, bual bicara dibenarkan.

Lain-lain Aktiviti

MANA-MANA AKTIVITI YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM SOP INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN.


Senarai Perkhidmatan Perlu Yang Dibenarkan Beroperasi

  1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan. 
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan
    veterinar. 
  3. Air. 
  4. Tenaga. 
  5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan. 
  6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan. 
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara. 
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi. 
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja). 
  10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal. 
  11. Kredit komuniti dan pajak gadai. 
  12. E-dagang dan teknologi maklumat. 
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir. 
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan  tujuan pelancongan). 
  15. Pembinaan. 
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar. 
  17. Perundangan dan kehakiman. 
  18. Guaman dan pesuruhjaya sumpah. 
  19. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

A. Pembuatan (Kapasiti 80% pekerja)

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair ando verhaul-MRO)
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
  4. Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
  6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
  11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.
  13. Automotif (kenderaan dan komponen)
  14. Seramik
  15. Simen
  16. Getah
  17. Besi dan keluli
  18. Kilang perabot bagi tujuan eksport

B. Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi (Kapasiti Optima)

  1. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya
  2. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
  3. Aktiviti pembalakan berskala kecil tertakluk kepada SOP Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)

C. Pembinaan 

  1. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  2. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam
  3. Kerja kerja pembinaan bangunan yang mempunyai penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ)
  4. Kerja-kerja pembinaan bagi projek-projek berskala kecil yang dilaksanakan oleh kontraktor G1 & G2
  5. Kerja-kerja pengubahsuaian rumah kediaman perseorangan/bangunan komersial
  6. Kerja-kerja penyiasatan tanah

D. Perdagangan Pengedaran 

  1. Kompleks membeli belah TERMASUK pasar raya, pasar raya besar dan departmental stores DAN semua perkhidmatan perlu yang disenaraikan.
  2. Pasar raya, pasar raya besar dan departmental stores
  3. Kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart
  4. Restoran
  5. Dobi (termasuk layan diri)
  6. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan
  7. Kedai cermin mata dan barang optik
  8. Kedai hardware
  9. E-dagang (semua kategori produk)
  10. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)
  11. Kedai buku dan alat tulis
  12. Komputer dan telekomunikasi
  13. Barangan elektrik
  14. Kedai gunting rambut (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
  15. Salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
  16. Kedai cuci kereta
  17. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
  18. Other Specialty Retail Stores (stesen minyak)

E. Lain- Lain

Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.


Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List)

Aktiviti Ekonomi

  • Operasi spa, refleksologi, pusat urut, wellness dan perkhidmatan pedicure dan manicure
  • Operasi kafe sibe rdan pusat siber. 
  • Institut Latihan Memandu, Pusat Latihan Maritim dan Pusat  Latihan Penerbangan. 
  • Aktiviti fotografi.
  • Agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino. 
  • Operasi kilang dan kedai minuman keras.

Aktiviti Hiburan

  • Aktiviti di kelab malam atau pub
  • Aktiviti di panggung wayang

Aktiviti Sosial

  • Majlis Rasmi atau Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta. 
  • Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan
    pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial. 
  • Menerima tetamu atau pelawat di kediaman kecuali kes-kes kecemasan dan perkhidmatan penghantaran (delivery). 
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka.

Aktiviti Sukan dan Rekreasi

  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan tertutup (indoor).
  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi air KECUALI memancing.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal.
  • Penganjuran semua kejohanan atau pertandingan KECUALI anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Liga Bola Sepak Malaysia (Malaysian Football League) dan Kejuaraan Petronas Cub Prix sahaja.
  • Kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreasi.
  • Penyertaan atlet/ jurulatih/ pegawai/ teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara TANPA kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sokongan KBS/ MSN.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa KECUALI mendapat kebenaran PDRM.

Aktiviti Pelancongan dan Kebudayaan

  • Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain.
  • Premishasilseni,budayadanwarisansepertimuzium,perpustakaan,galeriseni,pusatatau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain.
  • Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga
  • Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri.
  • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.

Industri Kreatif

  • Persembahan di lounge hotel.
  • Aktiviti indoor atau outdoor busking (Kecuali di Pusat Pemberian Vaksin)

Lain-lain Yang Tidak Dibenarkan

  • Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan. 
  • Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd