Now Reading
Lim Kit Siang Perjelas Sebab Isu “Kerajaan Allah” Dibangkit Olehnya

Lim Kit Siang Perjelas Sebab Isu “Kerajaan Allah” Dibangkit Olehnya

Kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, beliau ingin membalas kenyataan Presiden PAS, tapi ada pihak yang taknak lepaskan jugak.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa baru-baru ini telah muncul satu lagi kes yang dipolitikkan secara melampau dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Kit Siang dalam satu posting Facebook miliknya telah dilihat mempersoal ‘Kerajaan Allah’ dan perkara ini disifatkan sebagai tidak sensitif dan satu penghinaan. Malah, sememangnya melampaui batas.

Lim Kit Siang melalui kenyataan yang dikeluarkan dilihat mempersoalkan mengapa Malaysia masih berada pada landasan tercorot dalam indeks normal dalam menangani pandemik Covid-19.

Hantaran tersebut telah dipadam olehnya selepas dihujani oleh komen makian dan kecaman dari rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan olehnya.

“Salah faham”

Posting Facebook tersebut pada mulanya dibuat sebagai respons selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuat naik satu status di laman Facebook miliknya yang mengulas tentang isu yang berkaitan pandemik adalah ujian Allah kepada manusia yang bertajuk: “Pandemik Covid-19 dan Pandemik Politiking.”

Status tersebut dimuat naik pada 5 Julai 2021, pada 8:04 AM.

Baca penuh di bawah:

Susulan status di atas, Kit Siang dikatakan telah salah menafsir dan berlaku kesilapan dalam pemahamannya lalu memuat naik status berunsur penghinaan dan tidak sensitif itu.

Setiausaha Politik Kit Siang, Syahredzan Johan dalam satu kenyataan di Twitter memaklumkan bahawa selepas kenyataan itu dibuat pada 5 Julai, dia ada berhubung dengan Kit Siang sendiri.

Dia turut menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudnya oleh Abdul Hadi kepada Kit Siang.

Dan, dia turut menyatakan bahawa Kit Siang mengaku akan kesilapannya dan sudi menerima teguran serta sudah meminta maaf kepada pihak yang terlibat.

Dalam perkembangan sama, Kit Siang turut menyuarakan bahawa beliau sebelum ini beranggapan “Allah’s government” yang disebut oleh Abdul Hadi merujuk kepada Kerajaan Islam, termasuklah Kerajaan Perikatan Nasional yang sering mendakwa mereka adalah “Kerajaan Melayu-Islam”.

Atas pemahaman ini, saya telah mengeluarkan kenyataan semalam yang kemudian telah dimuat naik ke platform media sosial saya. Saya mempersoalkan kenyataan tersebut kerana menyangka bahawa Hadi Awang menyatakan bahawa hanya sebuah Kerajaan Islam dapat menangani Covid-19. Saya langsung tidak berniat untuk mempersoalkan mana-mana agama atau kepercayaan, mahupun agama Islam, dan niat saya hanyalah untuk menulis respons kepada apa yang dilaporkan sebagai dikatakan oleh Hadi.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang melalui Astro Awani.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas sikap Kit Siang

Perkara ini juga telah berjaya mendapat perhatian orang ramai termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berang akan tindakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Menurut Hamzah, perkara paling mustahak sekarang ialah melihat negara dalam keadaan aman dan sejahtera. Malah, beliau turut menegaskan bahawa sekiranya ada pihak cuba menghasut dan memecah-belahkan rakyat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pasti akan mengambil tindakan tegas.

Saya mohon kalau beliau (Kit Siang) buat, kita siasat dan ambil tindakan. Kalau tak buat, mereka yang lakukan ini juga harus kita cari sampai dapat. Ini kerana apa (yang) dilakukan boleh menyebabkan Lim Kit Siang terjebak dalam masalah yang boleh memecah-belahkan rakyat dalam negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin melalui Astro Awani.

Dalam kenyataan yang sama, Hamzah turut mempersoalkan, “Ini nampaknya, kalau betul dia lakukan, apa masalah beliau (Kit Siang) dengan Allah? Walaupun dia tak kenal Allah, saya nak maklumkan Allah adalah Tuhan kepada orang Islam,” tegasnya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Akmal Melan minta tindakan tegas diambil terhadap Lim Kit Siang

“Permohonan maaf adalah terlalu klise.”

Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Dia turut mempersoalkan tentang motif sebenar Kit Siang memuat naik status sebegitu rupa yang turut menyamakan kerajaan manusia yang serba kekurangan ini dengan Kerajaan Allah sedangkan maksud penulisan Presiden Pas amat mudah untuk difahami.

Tiada satu ayat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang boleh membawa kepada kefahaman seperti yang difahami dia jika dibaca berulang kali sekalipun. Adakah Kit Siang seorang yang Islamofobik hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang melukakan perasaan dan hati umat Islam. Jika benar, maka dia seharusnya dikenakan tindakan kerana cubaan menerapkan kebencian agama.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Akmal Melan melalui Utusan.

Selain itu, beberapa ahli politik lain turut mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Lim Kit Siang adalah begitu keterlaluan dan biadap.

Malah, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa akan membuat laporan polis secepat mungkin bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas usaha mencetuskan ketidaktenteraman awam.

PDRM diarah buka siasatan terhadap kenyataan kontroversi Lim Kit Siang

Kredit: Ahmad Zamzahuri/Malay Mail

Hari ini (7 Julai), Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah membuka siasatan berhubung kenyataan kontroversi dimuat naik Kit Siang.

Menurut laporan, Hamzah berkata kenyataan Kit Siang itu dilihat berunsur hasutan dan cuba memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Saya mintalah kepada sesiapa pun, kalaulah Kit Siang lakukan sesuatu dan ditularkan ramai netizen, saya minta supaya PDRM siasat dan ambil tindakan. Kalau pun lain, bukan hanya Kit Siang tetapi mereka yang ada dalam negara, tolong bantu kita waktu ini untuk tidak pecah belahkan sesiapa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada sidang media Op Bantu melalui Berita Harian.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd