Parlimen Akan Bersidang Selama 5 Hari Bermula 26 Julai – PMO
Kali terakhir Parlimen Malaysia bersidang adalah pada 17 Disember 2020.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Menurut satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri hari ini (5 Julai), parlimen akan bersidang semula selama 8 hari bermula 26 Julai 2021.
Ahli Parlimen akan duduk bersidang pada 26 sehingga 29 Julai, berehat selama 4 hari, kemudian Dewan Negara akan bersidang pada 3 sehingga 5 Ogos 2021
Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 5 Julai 2021.
Ini juga memetik Fasal 3 dari Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, yang mengatakan bahawa semua proklamasi dan tata cara darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Dewan Parlimen.
Selanjutnya, kenyataan itu mengatakan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kali terakhir Parlimen Malaysia bersidang adalah pada 17 Disember 2020. Sebulan kemudian, pada bulan Januari 2020, diisytiharkan darurat selepas kes Covid-19 meningkat secara drastik.
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri – 5 Julai 2021 pic.twitter.com/UoNiM6gyiC
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) July 5, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.