Kadar Inokulasi Kedua Tertinggi Di Malaysia Dicatatkan Semalam, 1 Julai
Sekiranya meneliti petunjuk digariskan Pelan Pemulihan Negara, Perlis serta WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sudah mencapai satu daripada tiga prasyarat untuk beralih ke fasa kedua.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sebanyak 263,012 dos vaksin telah diberikan kepada penerima di seluruh negara, semalam (1 Julai) dan sekali gus menjadi kadar inokulasi kedua tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia.
Sebelum ini, kadar inokulasi atau suntikan vaksin tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh 24 jam pada 24 Jun lalu, iaitu dengan 268,604 dos.
Menurut laporan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memaklumkan sebanyak 178,148 dos pertama vaksin diberikan kepada penerima semalam (1 Julai), manakala 84,864 suntikan bagi dos kedua.

Perangkaan keseluruhan menunjukkan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memasuki bulan kelima yang turut menyaksikan seramai 2,393,882 orang atau 7.3% daripada populasi dewasa di Malaysia sudah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin.
Setakat semalam, sebanyak 8,346,697 dos vaksin diagihkan dan 5,952,815 atau 18.2% ialah dos pertama.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter.
Perlis & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan capai satu daripada tiga prasyarat untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara
BACA JUGA: SOP Fasa 1: Pelan Pemulihan Negara Oleh MKN Berkuat Kuasa 29 Jun
Ini adalah susulan daripada liputan vaksin lengkap dua dos di Perlis setakat semalam mencecah (16.3%), Kuala Lumpur (11.8%), Putrajaya (25.4%) dan Labuan (16.4%).
Berdasarkan Pelan Pemulihan Negara, peralihan daripada fasa satu kepada fasa kedua perlu mencapai nilai ambang tiga petunjuk iaitu:
- Jangkitan harian kurang 4,000 kes
- Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana
- Liputan vaksin bagi populasi yang menerima dos lengkap ialah 10%
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.