Now Reading
Malaysia Di Kedudukan Ketiga Terakhir Dalam Indeks Covid-19 Terkini Oleh Bloomberg

Malaysia Di Kedudukan Ketiga Terakhir Dalam Indeks Covid-19 Terkini Oleh Bloomberg

Kita berada di tempat ke-51, daripada 53.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Malaysia kini dilaporkan berada di kedudukan ke-51 dalam carta ketahanan Covid-19 (Covid Resilience Ranking) yang dikeluarkan oleh Bloomberg.

Carta tersebut melibatkan 53 negara ekonomi terbesar (yang bernilai lebih dari $200 bilion sebelum pandemik) dan daya ketahanan mereka dengan penularan virus diikuti dengan masalah sosial dan ekonomi.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Malaysia pernah berada di kedudukan 20 teratas, menduduki tempat ke-16 ketika awal pandemik – sekarang, hanya Argentina dan Filipina yang berada di kedudukan lebih rendah daripada kita.

Malaysia mencatat skor 46.6, di belakang India (47.7) dan Indonesia (48.2).

Di manakah kita dibandingkan dengan negara Asia yang lain?

Berdasarkan ranking tersebut, jiran di selatan, Singapura berada di kedudukan ke-13 dengan skor 67, sementara jiran di utara, Thailand berada di tempat ke-39 dengan skor 54.1.

Bagi Vietnam, kedudukannya berada sedikit rendah dari Thailand pada kedudukan 40 dengan skor 53.8.

Walaupun Malaysia menunjukkan skor kurang baik, negara ini mempunyai kadar vaksinasi kedua tertinggi di rantau ini pada 10.8%, di belakang Singapura (44.1%) tetapi mendahului negara lain seperti Thailand (6.4%), Vietnam (1.6%), Indonesia (7.4%) dan Filipina (3.2%).

Hanya lima negara Asia dalam carta top 20

Selain Singapura, hanya ada lima negara Asia lain yang berada di carta top 20:

  • Israel – ke 4 (72.9)
  • Mainland China – ke 8 (69.9)
  • Korea Selatan – ke 10 (68.6)
  • Turki – ke 14 (66.9)
  • Arab Saudi – ke 15 (66.9)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd