Now Reading
PART 2: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Ekonomi

PART 2: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Ekonomi

Nilai keseluruhan pakej PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin pada 28 Jun telah mengumumkan Pakej Perlindungan dan Pemulihan Ekonomi Rakyat (PEMULIH) bernilai RM150 bilion susulan Malaysia yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan: Fasa 1 Pelan Pemulihan Nasional.

BACA SINI: SOP Adjustments For Phase 1, 2, 3, 4 Of The National Recovery Plan

Nilai keseluruhan pakej PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.


FOKUS KEDUA: MENYOKONG PERNIAGAAN

Geran Khas Prihatin atau GKP

Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM 500 akan dibayar pada bulan September dan RM 500 lagi pada bulan November 2021.

Program Subsidi Upah (PSU) 4.0

Melalui inisiatif PSU 4.0, Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM 600 setiap pekerja selama tempoh empat bulan, iaitu dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN, dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

Di bawah PSU 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan. Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM 4,000.

Pengecualian levi HRD Corp

Pengecualian levi HRD Corp bagi tempoh dua bulan akan diberi secara automatik kepada majikan yang tidak dapat beroperasi semasa PKP.

Selain itu, majikan daripada sektor-sektor yang baharu dirangkumi ekoran peluasan Akta Perbadanan Sumber Manusia Berhad 2001 akan diberikan pelanjutan pengecualian levi sehingga 31 Disember 2021.

Penciptaan Pekerjaan

Di bawah Majlis Pekerjaan Negara atau NEC, Kerajaan akan mencipta peluang- peluang pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan pemain industri.

Melalui program PenjanaKerjaya oleh PERKESO, Kerajaan telah menyediakan insentif kewangan kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan baharu. Sehingga kini, sebanyak RM 170 juta telah disalurkan yang telah dimanfaatkan lebih 10,600 majikan dan 75,800 pekerja.

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan program ini dan dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan. Ini antaranya mengurangkan had kelayakan gaji daripada RM 1,500 kepada RM 1,200 untuk program Malaysianisation supaya memberi lebih dorongan kepada majikan untuk mengganti pekerja asing dengan pekerja tempatan.

Selain itu, tempoh kontrak penggajian juga akan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada 6 bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan.

Program Shop Malaysia Online

Program Shop Malaysia Online yang diperkenalkan di bawah pakej PENJANA tahun lalu telah berjaya membantu lebih 200 ribu usahawan tempatan meningkatkan jualan mereka melalui platform e-Dagang dengan nilai transaksi mencecah RM 1.8 bilion.

Industri Hiburan

Kerajaan akan memperuntukkan RM 100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan.

Peruntukan ini antaranya meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah PERKESO serta perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu.

Pusat Asuhan Kanak-kanak

Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Taska yang berjumlah 3 ribu ringgit kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

Pengusaha Kantin Sekolah

Kerajaan bersetuju bantuan kewangan sebanyak RM 1,000 diberikan kepada semua pengusaha kantin berdaftar.

Industri Sukan

Pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya akan menerima bantuan one-off sebanyak RM 3,000.

OKU (Orang Kurang Upaya)

Bagi membantu golongan kurang upaya yang telah kehilangan pekerjaaan atau ketiadaan kerja, dan bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada, Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan RM 500 seorang untuk tempoh tiga bulan.

Kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan.

Usahawan MARA

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan mereka membuat permohonan penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan.

MARA juga akan melanjutkan pemberian diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan lagi iaitu sehingga Disember 2021.

Sektor PKS

Bagi terus menyokong sektor PKS mendapat kemudahan pembiayaan dan bangkit semula dalam fasa pemulihan, kerajaan akan meningkatkan lagi had siling jaminan di bawah SJPP sebanyak RM 20 bilion menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM 56.5 bilion.

Bagi menyokong perniagaan mikro, program pembiayaan mikrokredit akan diteruskan dengan tambahan dana sehingga RM 1.1 bilion.

Pembiayaan mudah ini akan disediakan oleh AgroBank dan Bank Simpanan Nasional masing-masing berjumlah RM 500 juta, dan TEKUN sebanyak RM 100 juta.

Institusi koperasi juga disokong dalam tempoh yang sukar ini melalui peruntukan RM 20 juta bagi program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

Sektor Pelancongan

Kerajaan akan menyediakan bantuan one-off sebanyak RM 3,000 kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong atau kick-start, apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN kelak.

Kerajaan juga telah bersetuju untuk menangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini.

Seterusnya, apabila negara beralih ke fasa keempat PPN, Kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiatkan semula aktiviti pelancongan.

i-Citra

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM 5,000 dengan kadar bayaran tetap RM 1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Moratorium Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran antaranya:

  • Memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN.
  • Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan.
  • Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM 100 selama 12 bulan.
  • Menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

Pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Inisiatif ini merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga.

Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.


Anda boleh mendapatkan teks ucapan penuh di sini.

BACA JUGA: PART 1: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Rakyat Malaysia


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd