Now Reading
Selangor Hanya Guna 76% Daripada 1.36 Juta Vaksin Dos Yang Diterima – KJ

Selangor Hanya Guna 76% Daripada 1.36 Juta Vaksin Dos Yang Diterima – KJ

Negeri-negeri lain telah menggunakan sekurang-kurangnya 80% daripada dos yang diterima – dengan Melaka, Terengganu dan Negeri Sembilan mencatat penggunaan paling tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Nasional, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa Selangor masih mempunyai lebih daripada 322,000 dos vaksin Covid-19 yang belum digunakan daripada 1.36 juta yang diberikan kepada negeri ini.

Ini kerana Selangor hanya dapat memberikan 40,000 dos sehari untuk bulan Jun, jelas Khairy – berdasarkan perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari beberapa minggu lalu.

“Kami telah memberikan suntikan vaksin kepada mereka, namun masih ada lebihan dos. Kami ingin menghantar lebih banyak vaksin tetapi harus melihat kapasitinya,” kata Khairy pada sidang media pagi ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa untuk bulan Julai, pihaknya berhasrat untuk meningkatkan kapasiti negeri ini kepada 130,000 sehari atau lebih tinggi.

Ketika Selangor hanya menggunakan 76% daripada dos yang diterima, Khairy menyatakan bahawa negeri-negeri lain menggunakan lebih daripada 80% dengan Melaka (94%), Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing menggunakan 92%.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat 27 Jun ialah 7,395,905 dos.

168,956 dos pada 27 Jun. Jumlah yang terima dos pertama ialah 5,308,849 orang. Daripada jumlah itu, 2,087,056 orang juga terima dos kedua.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd