Now Reading
300,000 Pekerja Mall Hilang Sumber Pendapatan Dalam Masa 16 Bulan Lalu

300,000 Pekerja Mall Hilang Sumber Pendapatan Dalam Masa 16 Bulan Lalu

Jika industri beli-belah dan runcit, termasuk kedai di tepi jalan masih tidak dibuka semula pada awal Julai, separuh daripadanya akan ‘bungkus’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sehingga 30% kedai di pusat-pusat membeli-belah telah ditutup dan kira-kira 300,000 kakitangan kehilangan pekerjaan mereka dalam masa 16 bulan lalu.

Menurut laporan NST – jika industri beli-belah dan runcit, termasuk kedai di tepi jalan masih tidak dibuka semula pada awal Julai, separuh daripadanya akan ‘bungkus’.

Penutupan ini mungkin merangkumi jenama runcit domestik dan antarabangsa dengan lebih ramai pekerja bakal kehilangan sumber pendapatan.

Dalam surat terbuka dari Persatuan Pusat Membeli-Belah Malaysia (PPBM), Persatuan Peruncit Malaysia (PPM), Persatuan Rantai Runcit Malaysia (PRRM), Pertubuhan Peruncit Bumiputra (PPB), dan Persatuan Penjual Peralatan Rumah Elektrik Selangor dan Kuala Lumpur (SWEDA) kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka juga mengingatkan bahawa apabila peruncit antarabangsa keluar dari Malaysia, sukar untuk menarik mereka untuk kembali.

Dengan penutupan secara besar-besaran ini, seluruh industri runcit serta pusat membeli-belah akan mengalami kerugian yang teruk dan kritikal serta memerlukan usaha dan masa yang lama untuk membina semula ekosistemnya, atau ia akan ditutup secara kekal dan rantaian bekalan runcit akan mengalami kekurangan.

Persatuan Pusat Membeli-Belah Malaysia (PPBM), Persatuan Peruncit Malaysia (PPM), Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (PRRM), Pertubuhan Peruncit Bumiputra (PPB) dan Persatuan Penjual Peralatan Rumah Selangor dan Kuala Lumpur (SWEDA) melalui NST.
Kredit: Malay Mail

PKP adalah ‘tidak elok’ untuk perniagaan

Pusat membeli-belah dan industri runcit juga meminta kerajaan untuk mengkaji semula data dan kes Covid-19 mengikut sektor ekonomi dan daerah.

Mereka mengatakan PKP 3.0 kali ini yang akan berakhir pada 28 Jun telah merugikan perniagaan dan juga ekonomi.

Persatuan ini juga menyentuh mengenai Pelan Pemulihan Nasional yang baru-baru ini diumumkan – yang berdasarkan kes positif Covid-19 sebagai “terlalu luas” dan tidak tepat kerana boleh mengakibatkan kerugian.

Memetik data Kementerian Kesihatan, mereka mengatakan bahawa sektor runcit dan membeli-belah hanya menyumbang 0.8% daripada keseluruhan kes pada bulan Mei.

Mereka percaya bahawa sektor runcit dan pusat membeli-belah harus dibuka segera untuk memberikan perkhidmatan penting dan lain-lain kepada masyarakat tanpa risiko jangkitan.

Aktiviti yang tidak dapat menjaga jarak sosial dan kesesakan telah disenaraikan di bawah senarai negatif, sementara acara berjemaah dan majlis telah dilarang. Orang ramai juga telah mengurangkan lawatan ke pusat membeli-belah, malah dimaksimum kepada dua jam sahaja dengan syarat mereka perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Persatuan Pusat Membeli-Belah Malaysia (PPBM), Persatuan Peruncit Malaysia (PPM), Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (PRRM), Pertubuhan Peruncit Bumiputra (PPB) dan Persatuan Penjual Peralatan Rumah Selangor dan Kuala Lumpur (SWEDA) melalui NST.

Persatuan itu juga mengatakan bahawa pusat membeli-belah hanya membenarkan kemasukan individu ‘Risiko Rendah’ seperti yang dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera mereka dan yang suhu badan adalah di bawah 37.5 darjah Celsius.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd