Now Reading
Sebar Berita Palsu Tentang Vaksin Sinovac, Doktor Ini Didenda RM5,000

Sebar Berita Palsu Tentang Vaksin Sinovac, Doktor Ini Didenda RM5,000

Selain itu, tertuduh juga boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 2 Jun lalu telah berlaku satu kes di mana seorang suri rumah di Perlis telah didenda RM5,000 akibat menyebarkan berita palsu tentang kononnya 9 orang pelajar dijangkiti Covid-19 di sebuah sekolah tempatan.

BACA SINI: Niat Nak Beri Peringatan, Akhirnya Didenda RM5,000 Gara-gara Sebar Berita Palsu

Hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada tertuduh atau lima bulan penjara jika gagal membayarnya dan tertuduh akhirnya membayar denda tersebut.

Satu lagi kes seumpama itu berlaku di negeri sama – kali ini melibatkan seorang doktor

Tertuduh, Jamnul Azhar Mulkan, 53, merupakan lulusan perubatan dari universiti di Mesir dan mempunyai sebuah klinik di Pendang.

Namun, dia tidak dapat menguruskan klinik itu secara sepenuh masa disebabkan faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Dr Jamnul Azhar Mulkan (berkerusi roda) ketika dibawa keluar dari Mahkamah.
(Kredit: Harian Metro/Aizat Sharif)

Dia dikatakan telah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah mengadakan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar mengenai vaksin Sinovac di Klinik Kesihatan Beseri, Padang Besar jam 8.10 pagi pada 20 April lalu.

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh juga boleh dipenjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.

Dia kemudiannya membayar denda yang ditetapkan sejurus selesai prosiding.

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 di mana sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, dia juga boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Guna aplikasi Facebook untuk sebar berita palsu

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook melalui akaun Facebook UiDM Polimas dan menggunakan nama profil (UiDM Polimas) dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan mengadakan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar melalui video ceramahnya.

Kredit: Deal Street Asia

Dia faham dengan pertuduhan – kemudian membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Khairul dalam hujahan rayuan berharap agar mahkamah dapat memberikan satu hukuman yang setimpal berdasarkan rayuan bersalah anak guamnya yang dianggap menjimat masa dan kos perbicaraan di mahkamah.

Jelas Khairul lagi, anak guamnya itu juga bukan seorang individu anti-vaksin kerana anak guamnya itu sudah pun menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer pada 21 April untuk dos pertama dan 17 Mei bagi dos kedua.

Sementara itu, Mohd Nordin dalam hujahan balasnya pula mahu mahkamah melihat perbuatan tertuduh yang mampu menimbulkan salah faham masyarakat dalam usaha kerajaan memberikan vaksin kepada rakyat.

Perbuatan tertuduh juga mampu merencatkan usaha kerajaan dalam untuk mendapatkan imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat berikutan ceramahnya itu tular sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd