Now Reading
Mekanisme Subsidi Minyak Masak Botol Kini Pada Peringkat Akhir Perbincangan

Mekanisme Subsidi Minyak Masak Botol Kini Pada Peringkat Akhir Perbincangan

Perkara ini akan dibentangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet hari ini (Rabu) sebelum dapat diputuskan dan diumumkan kepada rakyat seawal minggu depan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mekanisme subsidi untuk minyak masak dalam botol kini berada pada peringkat akhir perbincangan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet hari ini (Rabu) sebelum dapat diputuskan dan diumumkan kepada rakyat seawal minggu depan.

Katanya, perbincangan antara tiga kementerian berkaitan iaitu Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Kewangan sudah dijalankan termasuk bersama pembekal minyak sawit mentah, pemborong dan pihak berkepentingan lain.

Di peringkat kementerian saya yang menjaga hal ehwal pembekal minyak sawit mentah, kita sudah berbincang dan mencadangkan cara tebaik bagi memastikan rakyat menikmati harga minyak masak 2 kilogram atau 5 kilogram yang rendah. Cuma kita masih belum dapat umumkan hari ini memandangkan perkara ini belum diputuskan Kabinet lagi.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Tambahnya lagi, kementeriannya turut mencadangkan kepada kerajaan untuk pelaksanaan mekanisme jangka masa panjang atau subsidi bersasar minyak masak seperti yang dilaksanakan untuk minyak petrol ketika ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd