Now Reading
Kes Sporadik Kian Meningkat Di Lembah Klang – Dr Noor Hisham

Kes Sporadik Kian Meningkat Di Lembah Klang – Dr Noor Hisham

Lembah Klang mencatat jumlah kes sporadik tertinggi pada ME ke-24 dengan tiga daerah tertinggi iaitu Petaling (3,905) kes, Hulu Langat (2,783) dan Klang (2,482).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kes sporadik di Lembah Klang terus mencatat peningkatan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan sejak tiga minggu lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 151,725 kes sporadik atau 38.0 peratus daripada keseluruhan kes di Selangor. Manakala Kuala Lumpur mencatat 44,517 kes (11.2 peratus), dan disusuli Sarawak dengan 40,889 (10.3 peratus) kes sporadik.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dari 1 Januari 2021 (Minggu Epidemiologi (ME) ke-53/2020) hingga 19 Jun lalu (ME ke-24/2021), Malaysia merekodkan 578,105 kes Covid-19.

Daripada jumlah itu, sebanyak 398,846 kes (69.0 peratus) adalah kes sporadik, katanya.

Kes sporadik dikesan dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes sporadik dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti atau saringan kes bergejala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tidak bergejala tetapi boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan betul.

Kredit: Malay Mail

Lembah Klang catat jumlah kes sporadik tertinggi

Dr Noor Hisham berkata, Lembah Klang mencatat jumlah kes sporadik tertinggi pada ME ke-24 dengan tiga daerah tertinggi iaitu Petaling dengan 3,905 kes, Hulu Langat (2,783) dan Klang (2,482).

Berdasarkan pemetaan KKM, ianya menunjukkan pertambahan kes sporadik dan taburan yang makin meluas apabila dibanding dengan pemetaan sebelumnya.

Walaupun (PKP) 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei lalu (ME ke-19) dilihat berjaya mengawal peningkatan kes kluster pada ME ke-24, kes sporadik belum menunjukkan penurunan ketara. Lembah Klang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, justeru ia bukan sahaja terdedah kepada bahaya kes sporadik tinggi dalam komuniti, malahan kebanyakan kes-kes Covid-19 ini tidak mempunyai gejala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd