Pusat Pemberian Vaksin Di Stadium Nasional Bukit Jalil Mula Beroperasi Hari Ini (21 Jun)
Ini merupakan inisiatif yang digerakkan selari dengan sasaran Pelan Pemulihan Negara.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sebuah PPV berskala besar, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil akan mula beroperasi hari ini (21 Jun 2021) sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Ianya dikatakan mampu beroperasi dengan kemampuan kapasiti sehingga 10,000 dos sehari.
Menurut laporan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata PPV itu membolehkan lebih ramai rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang divaksin dengan tumpuan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah.
PPV Stadium Bukit Jalil akan mula beroperasi pada 21 Jun. Ia akan dapat memberi vaksinasi sehingga 10,000 orang setiap hari.
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) June 19, 2021
Ini merupakan inisiatif yang digerakkan selari dengan sasaran Pelan Pemulihan Negara.#LindungDiriLindungSemua” pic.twitter.com/QzM6swxZxy
Ini sebahagian usaha KBS (Kementerian Belia dan Sukan) menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Menurut beliau, seluruh trek balapan stadium ini telah bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri.
Tambahnya lagi, pada peringkat awal – seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di situ dan jumlah tersebut akan ditambah mengikut keperluan.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.
Insya-Allah, dengan ikhtiar ini kita akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat lagi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melalui kenyataan di laman Facebook miliknya.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.