Now Reading
PDRM Tawar Diskaun Kompaun Saman Trafik 50% Hingga Julai 2021

PDRM Tawar Diskaun Kompaun Saman Trafik 50% Hingga Julai 2021

Sepanjang tempoh kempen ini, semua kaunter pembayaran saman di Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50% bermula 18 Jun hingga 18 Julai 2021.

Menurut laporan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata bahawa tawaran pengurangan kompaun saman trafik tersebut adalah tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50% bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Orang ramai yang masih mempunyai tunggakan saman boleh mendapatkan pengurangan saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Kempen Bayar Saman menerusi aplikasi dan portal MyBayar Saman.

Namun begitu, pihak PDRM memaklumkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pembayaran saman di kontinjen dan ibu pejabat polis daerah ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan wabak Covid-19.

Pengurangan bayaran saman ini juga diharap dapat mampu membantu orang ramai yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Saman yang TIDAK LAYAK diskaun

Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun sebanyak 50% menerusi Kempen Bayar Saman PDRM kecuali:

  • Saman Tidak Patuhi Lampu Merah 2021
  • Saman Lorong Kecemasan 2021
  • Saman Potong Secara Merbahaya 2021
  • Saman Potong di Garisan Berkembar 2021
  • Saman Kemalangan 2021
  • Saman Dalam Perbicaraan
  • Saman Tidak Boleh Kompaun
  • Saman Berkaitan Lori
  • Saman Berkaitan Ekzos

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, boleh hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd