Kes Positif Menurun, Namun Kes Di ICU Masih Belum Menunjukkan Penurunan Ketara
Penggunaan katil yang melebihi kapasiti ini juga disebabkan keperluan tempoh pemulihan yang panjang bagi pesakit-pesakit ICU untuk sembuh disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang serius.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pejam celik, sudah lebih dua minggu rakyat Malaysia menjalani perintah ‘total lockdown’ bermula 1 Jun lalu. Kerajaan mengeluarkan perintah tersebut sebagai usaha membendung penularan pandemik Covid-19 yang dilihat semakin meningkat saban hari.
Namun begitu, kita semua sedar bahawa pelaksanaan perintah ‘total lockdown’ ini memerlukan kerjasama dan tindakan bersama daripada rakyat di seluruh negara.

Sebagai salah satu usaha, kerajaan turut mengeluarkan Pelan Pemulihan Negara – Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat.
BACA SINI: [TERKINI] 4 Fasa Telah Dirancang Untuk Negara Pulih Dari Covid-19 – PM
Perdana Menteri mengatakan bahawa Rancangan Pemulihan Nasional ini direka dinamik. Maksudnya, semakin cepat kita mencapai objektif, semakin cepat kita akan melepasi fasa-fasa tersebut.
Situasi kes harian selepas dua minggu ‘total lockdown’

Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, (16 Jun) mengeluarkan kenyataan di mana selepas 2 minggu lockdown, kes baharu harian menurun tetapi kes-kes Covid-19 di ICU masih tidak menunjukkan penurunan ketara.
Perkara ini berlaku kerana beberapa faktor, iaitu:
- Kemunculan varian-varian baharu yang mengakibatkan kes-kes dikesan dengan gejala serius (kategori 4 dan 5) dan merosot lebih cepat. Ini menyebabkan lebih ramai pesakit memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan khususnya golongan rentan seperti warga emas serta pesakit yang menghidap lain-lain penyakit (co-morbidity). Penggunaan kapasiti ICU yang melebihi 100% ini amat membimbangkan kerana menghalang pesakit kritikal lain dimasukkan di ICU.
- Penggunaan katil yang melebihi kapasiti ini juga disebabkan keperluan tempoh pemulihan yang panjang bagi pesakit-pesakit ICU untuk sembuh disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang serius.
Ramai Pesakit Covid-19 Kini Berada Dalam Kategori 4 & 5 – Menteri Kesihatan
Kapasiti ICU Untuk Pesakit Covid-19 Di Seluruh Negara Mencapai Tahap Kritikal
Secara purata, tempoh rawatan di ICU bagi kategori 4 antara 14 hari ke 16 hari. Manakala, kategori 5 pula antara 19 hari ke 26 hari.
Tindakan KKM
Oleh disebabkan itu, KKM kini telah menambah sebanyak 11,598 buah katil di hospital dan 31,861 buah katil di PKRC serta menaik taraf kegunaan katil (repurpose bed) di wad biasa kepada katil ICU Covid-19.
Selain itu, pihak KKM turut bekerjasama dengan beberapa pihak seperti:
- Pihak hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi bagi penggunaan fasiliti
- Pihak ATM dalam penubuhan Hospital Medan. Setakat ini 6 Hospital Medan ATM telah dibina di hospital – hospital KKM.
- 112 buah hospital swasta – 1,274 katil wad biasa dan 128 katil ICU.
Setakat semalam, (16 Jun), sebanyak 5,150 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 673,026 kes.
Manakala, 73 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 4,142 kes.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.