Jepun Dijangka Bakal Sumbang Vaksin AZ Kepada Malaysia
Ianya akan dihantar pada bulan Julai, jika keadaan mengizinkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Jepun akan menyumbangkan vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di sana kepada beberapa buah negara, termasuk Malaysia.
Bernama melaporkan Kedutaan Jepun di Malaysia memberitahu bahawa vaksin tersebut bakal tiba pada bulan Julai, jika keadaan mengizinkan.
Jepun juga dalam usaha untuk menyumbangkan vaksin ke Indonesia, Filipina dan Thailand.
Sebelum ini, Jepun telah menyumbangkan vaksin ke negara lain seperti Taiwan di mana 1.24 juta dos telah dihantar. Manakala baru-baru ini, Vietnam – di mana mereka berjanji akan menyumbangkan sekitar 1 juta vaksin.
Vaksin single-dose diluluskan secara bersyarat
Jepun baru-baru ini memberikan kelulusan bersyarat untuk vaksin Covid-19 single-dose yang dihasilkan oleh CanSino Biologics China dan Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat.
Dilaporkan bahawa kita akan mendapatkan suntikan Johnson & Johnson melalui kemudahan Covax global yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Untuk vaksin CanSino pula, laporan menunjukkan bahawa kerajaan telah memesan sekitar 3.5 juta dos.
Status pemberian vaksin di Malaysia setakat ini
Menurut Kementerian Kesihatan, sekitar 4.9 juta vaksin Covid-19 telah diberikan setakat ini. Manakala, 215,876 suntikan diberikan pada 15 Jun.
Dari segi pendaftaran, hampir separuh daripada jumlah penduduk atau 13.8 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 15 Jun 2021 ialah 4,904,109 dos.
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) June 16, 2021
215,876 dos pada 15 Jun.
Jumlah yang terima dos pertama ialah 3,435,420 orang. Daripada jumlah itu, 1,468,689 orang juga terima dos kedua
Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/cIT8WVIJpM
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.