Now Reading
Lepas Lebih Setahun, Pelan Pemulihan Nasional Covid-19 Kini Dirangka – PM

Lepas Lebih Setahun, Pelan Pemulihan Nasional Covid-19 Kini Dirangka – PM

Kita tunggu.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setelah lebih setahun negara dilanda pandemik Covid-19, kerajaan kini sedang merangka Rancangan Pemulihan Nasional – ianya akan berdasarkan data, sains, dan semua persiapan yang diperlukan.

Pelan ‘jalan keluar’ ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa perkara ini dilakukan sebagai persiapan ketika Covid-19 mencapai tahap yang wajar.

“Sudah tiba waktunya negara memiliki Rancangan Pemulihan Nasional untuk keluar dari masalah ini, namun ianya merupakan sesuatu yang besar, bergantung kepada kerjasama dan dukungan semua pihak,” katanya selepas mengunjungi Pusat Vaksinasi Bergerak (PPV) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Johor, Bandar Tun Razak, semalam (13 Jun).

Seperti Program Vaksinasi Nasional, pelan ini juga akan dilakukan secara berfasa.

Setakat ini, beberapa menteri utama yang terlibat dengan rancangan pelan ini telah duduk berbincang bersama Tan Sri Muhyiddin untuk membentangkan draf tersebut.

Tarikh akhir pendaftaran vaksinasi?

Untuk melaksanakan rancangan ini, Malaysia terlebih dahulu perlu mengawal kes positif Covid-19. Salah satu kaedah yang dipertimbangkan oleh Perdana Menteri adalah dengan memperkenalkan tarikh akhir bagi pendaftaran Program Vaksinasi Covid-19.

Situasi vaksinasi

Sehingga semalam (13 Jun), hanya 56.80% atau 13,789,736 rakyat Malaysia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin tersebut. Sebanyak 4,490,270 dos vaksin diberikan setakat ini dan hanya 1,357,966 penerima telah menerima dua dos yang lengkap.

Semalam merupakan hari ketiga berturut-turut di mana Program Vaksinasi Nasional gagal mencapai sasaran 150,000 vaksinasi setiap hari yang telah ditetapkan untuk bulan Jun.

Dan semestinya, pengumuman draf Rancangan Pemulihan Nasional disambut dengan keraguan oleh rakyat Malaysia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7 − 5 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd