Tajuddin Disaman RM1,500, Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada PDRM
Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat hanya memakai pelindung muka (face shield) ketika sidang media tersebut berlangsung.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dikenakan kompaun bernilai RM1,500 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.
Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Balai Polis Dang Wangi, dia dikatakan telah dituduh atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana tidak memakai face mask ketika sidang media Prasarana baru-baru ini.
Polis juga mengatakan bahawa kompaun itu akan dihantar kepadanya tidak lama lagi dan ianya dikeluarkan setelah diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara.
Tajuddin ketika sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, pada 25 Mei lalu.
BACA SINI: Kelana Jaya LRT Train Collision: Early Reports Point To Human Error
Seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini, Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat hanya memakai pelindung muka (face shield) ketika sidang media tersebut berlangsung.
Bekas Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan LRT. – KPD Dang Wangi pic.twitter.com/ZZUxFWtwLT
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) June 9, 2021
Syed Saddiq ucap terima kasih kepada pihak PDRM
Setelah berita mengenai Tajuddin dikompaun mula tular, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq memuat naik satu tweet di mana dia pernah dipanggil ke IPD Dang Wangi kerana menyoal Tajuddin yang gagal memakai face mask.
Dia mengakhiri tweetnya dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana mengambil tindakan sewajarnya.
Ingat tak saya dipanggil ke IPD Dang Wangi kerana menyoal Tajuddin, bekas Pengerusi Prasarana yang gagal pakai facemask?
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 9, 2021
27 Mei- Saya dipanggil ke IPD Dang Wangi.
9 Jun- Tajuddin sah dikenakan kompaun RM1,500 oleh pihak polis.
Terima kasih PDRM! pic.twitter.com/sHVkOS7D7t
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.