Adakah Vaksinasi Akan Menjadi Keperluan Pekerjaan?
Walaupun tiada undang-undang yang menyatakan vaksinasi adalah wajib dalam tenaga kerja, majikan masih dapat menetapkannya sebagai pra-syarat pekerjaan bagi mereka yang mencari kerja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Menurut Presiden Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, anda mungkin tidak akan mendapat peluang untuk ditemuduga secara bersemuka jika masih belum disuntik vaksin.
Dalam temu bual bersama The Star, Dr Syed memetik Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Ianya adalah tugas setiap majikan dan setiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja untuk kesemua pekerjanya.
Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Maksudnya, ianya merupakan kepentingan pihak atasan untuk tidak mengambil risiko dan menjadikan tempat kerja mereka sebagai salah satu kluster. Ini dapat dilakukan dengan melaksanakan perlindungan yang munasabah seperti menguatkuasakan SOP dan tidak menerima orang yang tidak diberi suntikan vaksin.
Bolehkah mereka memaksa anda untuk mengambil suntikan vaksin?
Pakar Undang-Undang Buruh dan Pekerjaan, Datuk Thavalingam Thavarajah mengatakan, walaupun tiada undang-undang yang menyatakan vaksinasi adalah wajib dalam tenaga kerja, majikan masih dapat menetapkannya sebagai pra-syarat pekerjaan bagi mereka yang mencari kerja.
Ini kerana majikan memerlukan persetujuan kakitangan mereka untuk memberikan suntikan vaksin dan setiap kakitangan masih mempunyai hak untuk menolak suntikan tersebut.
Dan semestinya – bergantung pada terma dan syarat kontrak pekerjaan.
Namun begitu, tidak semua orang boleh mendapat suntikan vaksin
Walaupun melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 adalah sangat disokong, jangan lupa salah satu sebab mengapa Malaysia ingin mencapai kadar vaksinasi sebanyak 80% di kalangan masyarakat negara ini.
Mencapai ‘herd immunity’ bermaksud kita dapat melindungi mereka yang tidak boleh mengambil suntikan vaksin atas sebab-sebab tertentu.
Walau bagaimanapun, Naib Presiden Persatuan Hotel Malaysia, CS Lim, mengatakan adalah tidak betul untuk menetapkan vaksinasi sebagai istilah yang ketat, memandangkan terdapat individu yang tidak dapat diimunisasi terhadap Covid-19 atas pelbagai alasan, yang tidak terhad kepada syarat perubatan.
Industri ini menyokong permintaan untuk mendorong semua orang yang boleh divaksin untuk melakukannya pada kesempatan pertama. Dengan arahan seperti itu, tidak akan ada diskriminasi terhadap mereka yang belum (diberi vaksin).
Naib Presiden Persatuan Hotel Malaysia, CS Lim
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.