Hanya Dalam Masa 5 Bulan, Covid-19 Telah Meragut 3 Nyawa Kanak-kanak Di Malaysia
27 orang kanak-kanak kini berada di ICU dan 19 orang daripadanya berumur bawah lima tahun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tiga kematian telah direkodkan dan melibatkan kanak-kanak bawah umur lima tahun dalam masa lima bulan pertama tahun 2021, yang jumlahnya sama dengan jumlah keseluruhan di Malaysia sepanjang tahun 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Setakat ini, KKM melaporkan bahawa 27 orang kanak-kanak telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik pada tahun 2021, dan 19 orang daripadanya berusia bawah lima tahun.
Ini merupakan peningkatan berbanding tahun 2020, kerana hanya lapan orang kanak-kanak yang dimasukkan ke ICU tahun lalu dan enam daripadanya berusia bawah lima tahun.
BACA SINI: Kes Brought In Dead (BID) Kian Meningkat – Ini 3 Cara Perkara Ini Boleh Terjadi
KKM berharap semua pihak, terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting dalam melindungi mereka yang mempunyai imuniti rendah seperti bayi dan anak-anak agar dilindungi dari virus Covid-19. Bina persekitaran yang selamat untuk mereka dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ada dan segera dapatkan vaksin jika anda seorang dewasa yang layak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Malaysia telah mencatatkan 103 kematian baru dari koronavirus pada 5 Mei, menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 3,096.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.