Now Reading
Gagal Imbas MySejahtera, Pegawai Bank Di Penang Terima Kompaun RM1,500

Gagal Imbas MySejahtera, Pegawai Bank Di Penang Terima Kompaun RM1,500

Malah, dia juga mendakwa tidak mengetahui kewajiban memuat turun aplikasi berkenaan dalam telefon pintar.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Walaupun sudah setahun lebih Malaysia dilanda pandemik Covid-19, namun masih ada segelintir individu yang tidak tahu bahawa pemakaian pelitup muka dan mengimbas kod MySejahtera adalah wajib.

Semalam, 2 Jun 2021, seorang pegawai bank berusia 38 tahun di Georgetown, Pulau Pinang, telah menerima kompaun sebanyak RM1,500 gara-gara gagal mengimbas kod MySejahtera. Malah, dia juga mendakwa tidak mengetahui kewajiban memuat turun aplikasi berkenaan dalam telefon pintar.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesalahan itu dikesan ketika operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tempat kerja di pusat bandar, semalam.

Mengejutkan apabila pegawai bank tidak tahu setiap individu mandatori muat turun aplikasi MySejahtera bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kontak dalam membendung Covid-19.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Soffian turut menyuarakan kekesalan kerana masih wujud segelintir masyarakat yang gagal mematuhi SOP walaupun pandemik Covid-19 sudah lebih setahun.

Soffian berkata, menerusi operasi sama – sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan terhadap beberapa institusi kewangan serta pejabat swasta sekitar daerah Timur Laut.

Seramai enam individu dikompaun kerana tidak mengimbas kod MySejahtera, manakala sebuah syarikat pengangkutan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana tidak patuh peraturan kehadiran pekerja iaitu sebanyak 60 peratus.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd