Peminjam Yang Pendapatan Berkurang Layak Terima Moratorium & Ansuran Bulanan Rendah – BNM
Bank Negara Malaysia turut menjelaskan bahawa bantuan bayaran balik pinjaman tidak akan menjejaskan rekod CCRIS anda.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Peminjam yang pendapatannya telah dikurangkan (termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah), layak mendapat ansuran bulanan yang dikurangkan, menurut Bank Negara.
Dalam rangkaian tweet yang dimuat naik oleh BNM, pihak Bank mengatakan bahawa peminjam yang kehilangan pekerjaan boleh memilih moratorium 3 bulan atau pengurangan 50% ansuran bulanan selama 6 bulan.
Ini merupakan penjelasan mengenai bantuan pembayaran balik pinjaman yang baru diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Kumpulan B40 yang merupakan penerima BSH / BPR juga akan diberi pilihan moratorium dan pengurangan ansuran bulanan yang sama.
BNM ingin menjelaskan bahawa bagi bantuan bayaran balik pinjaman yang baru diumumkan, golongan B40 yang juga penerima BSH/BPR boleh PILIH:
— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) June 2, 2021
1/ Moratorium selama 3 bulan; atau
2/ Ansuran bulanan dikurangkan 50% selama 6 bulan
*Info lanjut di thread*👇🏽
Untuk mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ini, peminjam boleh menghubungi bank masing-masing dan membuat pilihan yang dikehendaki.
Selepas membuat pilihan pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman, bank akan memproses pilihan anda dalam tempoh 5 hari kalendar untuk peminjam individu, dan 14 hari kalendar bagi peminjam PKS.
Peminjam yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau isikan borang ini untuk membuat aduan: bnm.my/RAsurvey
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



