Netizen Minta Ubah SOP Lepas JAIS Umum Upacara Akad Nikah Di Selangor Akan Ditangguh
“Mohon semua jom buat solat hajat semoga Jabatan Agama Islam Selangor buat revision balik dengan keputusan SOP mcm ni.” – Netizen.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Nampaknya, untuk bakal pasangan mempelai yang ingin mendirikan rumahtangga perlu bertahan terlebih dahulu kerana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru sahaja mengumumkan bahawa semua upacara Akad Nikah di negeri ini akan ditangguh bermula 1 Jun sehingga 30 Jun.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS di media sosial – keputusan ini telah dibuat kerana penguatkuasaan ‘total lockdown’ di seluruh negara.
Secara dasarnya, perkara ini telah disambut dengan kekeliruan dan kekecewaan oleh penduduk Selangor yang telah membuat rancangan perkahwinan mereka. Ini kerana komen pada posting JAIS tersebut menunjukkan ramai orang merasa bingung dengan tindakan itu.
Netizen juga meminta JAIS mempertimbangkan semula bagi membenarkan pasangan yang telah mendapat kelulusan bernikah untuk meneruskan upacara Akad Nikah secara online.

Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah ‘total lockdown’ seluruh negara yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bahawa aktiviti Akad Nikah hanya boleh berlangsung di pejabat-pejabat Jabatan Agama Negeri sesuai dengan ketetapan dan peraturan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.