Kes Brought In Dead (BID) Kian Meningkat – Ini 3 Cara Perkara Ini Boleh Terjadi
Inilah perkara yang paling mungkin berlaku sekiranya wabak ini berterusan.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Kes baru positif Covid-19 hari ini, 28 Mei 2021, telah mencecah 8,290 – dan ianya merupakan kes tertinggi pernah direkodkan.
Terkini. 28 Mei. Kes baharu hari ini 8,290. #COVID19 pic.twitter.com/SXgsbmX3Dq
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 28, 2021
Selangor sekali lagi mendahului negeri-negeri lain dengan jumlah kes tertinggi iaitu 2,052 telah dikesan.
Di bawah merupakan pecahan mengikut negeri:
Pecahan kes baharu mengikut negeri, 28 Mei 2021.#COVID19 pic.twitter.com/DnVS662MHf
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 28, 2021
Kes Brought In Dead (BID) semakin meningkat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa jumlah pesakit Covid-19 yang dibawa mati (BID) atau meninggal dunia akibat Covid-19 tanpa mendapat rawatan semakin meningkat dan menyenaraikan tiga ‘senario’ yang mungkin terjadi kerana trend ini dilihat berterusan.
Senario 1
Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan #COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Senario 2
Didapati positif Covid-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum sempat dihantar ke PKRC atau hospital.
Senario 3
Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini. Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Kes Brought In Dead (BID) semakin meningkat. Berikut contoh tiga senario yang mungkin berlaku.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 28, 2021
Senario 1
Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan #COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah. pic.twitter.com/QqneJD7dpF
KKM turut menyarankan orang ramai untuk duduk di rumah, keluar hanya perlu (bekerja atau beli barang keperluan) dengan patuh sepenuhnya SOP. Jika bergejala, buat ujian saringan untuk rawatan awal.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.