Khidmat Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Kini Ditamatkan Serta Merta


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd – berkuat kuasa serta-merta.
Menurut laporan FMT, dalam surat kepada Pengarah Pilihan Raya UMNO itu yang bertarikh 26 Mei, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya.

Tajuddin dikatakan telah dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.
Penamatan tugas ini kemudiannya disahkan oleh Kementerian Kewangan.
Dianggap tidak sensitif & kurang ajar
Pemecatan beliau adalah susulan kejadian kemalangan tren LRT Kelana Jaya pada 24 Mei lalu yang telah mengakibatkan seramai 213 penumpang mengalamai kecederaan, dengan lebih daripada 60 dihantar ke hospital.
Kemalangan tersebut merupakan kejadian terburuk melibatkan Laluan Kelana Jaya sejak ianya mula beroperasi sebagai Laluan Putra pada tahun 1996.
BACA SINI: [TERKINI] Penumpang Cedera Lepas Tren LRT Kelana Jaya Dipercayai Bertembung
Tajuddin telah dikritik susulan sidang media yang diadakannya pada 25 Mei selepas tinjauan di lokasi kemalangan pada pagi selepas kejadian tersebut berlaku.

Malah, ekoran perkara itu – #PecatTajuddin telah tular di laman Twitter setelah tamatnya sidang media yang diadakan.
Petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org itu dilancarkan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif dan empati oleh Tajudin, Pengerusi PRASARANA dalam menguruskan mangsa tragedi LRT pada 24 Mei yang lalu telah membuktikan beliau sama sekali tidak layak menjawat jawatan sebagai Pengerusi PRASARANA.
Sikap beliau yang sombong, angkuh dan bongkak jelas terpancar ketika sesi sidang media yang dibuat oleh beliau sejurus melawat ke kawasan tragedi.
#LetakJawatanTajuddin melalui Change.org
Malah, Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) turut menyeru agar Tajuddin meletak jawatan susulan kemalangan itu dengan berkata bahawa ketiadaan kenyataan segera daripada beliau berhubung kejadian itu disifatkan sebagai tidak menghormati para penumpang.
Bukan setakat itu sahaja, pada sidang media tersebut, beliau meminta pihak media supaya tidak mencetuskan provokasi atau mensensasikan sesuatu isu.
Janganlah suka ‘provoke’, apa gunanya?
Tajudin Abdul Rahman, Bekas Pengerusi PRASARANA.
Namun begitu, semua pihak masih belum dapat memastikan sama ada beliau dipecat berhubung kemalangan LRT atau sidang media berkenaan.
BERITA LANJUT BAKAL MENYUSUL.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.