Now Reading
KKM Beri 5 Idea Untuk Orang Ramai Buat ‘Self-Lockdown’

KKM Beri 5 Idea Untuk Orang Ramai Buat ‘Self-Lockdown’

Turut dilaporkan antara negara yang telah mula mengambil langkah proaktif ini adalah Taiwan.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Berikutan kes positif Covid-19 yang kian meningkat saban hari dengan kes baru mencecah hampir 7,000, rakyat Malaysia disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah proaktif di mana orang ramai digesa melakukan ‘self-lockdown’.

Ianya bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan lebih cepat dan secara tidak langsung dapat meringankan beban frontliners yang kini sudah mencapai tahap kritikal setelah dihujani dengan pesakit-pesakit di hospital.

Menurut laporan, langkah itu juga selaras saranan dan penekanan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang meminta rakyat tinggal di rumah selain mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

KKM kongsi tips ‘self-lockdown’

Malah, turut dilaporkan antara negara yang telah mula mengambil langkah proaktif ini adalah Taiwan.

Sejak pandemik Covid-19 bermula, kes positif di Taiwan adalah terkawal dengan 1,290 kes dilaporkan di antara populasi sekitar 24 juta. Walau bagaimanapun, peningkatan jangkitan domestik baru-baru ini telah meningkatkan tahap amaran koronavirus di negara tersebut.

Terdapat 180 jangkitan domestik baru di Taiwan, yang dilaporkan oleh Reuters.

Oleh itu, kerajaan Taiwan memerintah untuk menutup bar, kelab malam, sauna dan karaoke. Dan setakat ini, Taiwan tidak pernah mengalami ‘lockdown’ sepenuhnya.

Penduduk di Taipei mula praktik ‘self-lockdown’

Perkongsian di laman Facebook menunjukkan keadaan bandar Taipei setelah penduduk di kawasan itu mula mengambil langkah proaktif ini bagi mengekang penularan virus Covid-19 di negara tersebut.

Ianya telah dikongsi oleh seorang pengguna iaitu Tsungnan Yuan pada 15 Mei 2021 dan berjaya meraih lebih 30K shares ketika artikel ini ditulis.

Sehingga kini, orang ramai turut memuji penduduk Taiwan kerana berdisiplin dan mempunyai kesedaran di dalam diri mereka untuk berjuang menghentikan penularan virus ini.

Kalau rakyat Taiwan boleh berdisiplin, rakyat Malaysia pun boleh juga bukan? 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd