Now Reading
Solat Dalam Gelap & Sorok Selipar Punca Kluster Di Pauh Lima, Kelantan

Solat Dalam Gelap & Sorok Selipar Punca Kluster Di Pauh Lima, Kelantan

Malah, ada jemaah yang batuk serta demam, namun masih pergi ke surau berkenaan untuk solat tarawih.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Seluruh kampung yang merangkumi dua daerah di Kelantan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika 78 kes Covid-19 dikesan dalam komuniti pada 7 Mei.

Kampung Pauh Lima – terletak di Bachok dan Kota Bharu dengan 1,032 penduduknya akan digesa untuk duduk di dalam rumah di kediaman masing-masing bermula dari 19 Mei hingga 1 Jun.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, kampung itu akan dikawal dengan ketat untuk mengelakkan penduduk kampung keluar dan masuk. Pihak berkuasa juga akan menyekat ‘jalan tikus’ atau jalan tersembunyi di dalam kampung tersebut.

Untuk PKPD di dua kampung dalam dua daerah berkenaan, seramai 104 anggota pasukan keselamatan akan bertugas sepanjang tempoh berkenaan. Kita mengesan tujuh laluan tikus dan sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk memasang kawad duri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat
Peta PDRM untuk memantau kampung tersebut.
Kredit: Harian Metro

Kluster Kampung Pauh Lima

Pengarah Kesihatan negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, mengesahkan bahawa wabak di Kampung Pauh Lima disebabkan oleh sekumpulan orang yang enggan mengikuti SOP ketika menunaikan solat dan mengatakan bahawa jamaah telah gagal melakukan pemeriksaan suhu dan melakukan kesalahan lain.

Sehingga 19 Mei, 84 orang dari kampung, termasuk dua bayi perempuan kembar berusia lima bulan disahkan positif Covid-19.

Solat dalam gelap

Harian Metro melaporkan terdapat saksi bahawa puluhan penduduk kampung akan berkumpul di surau setiap hari untuk menunaikan solat.

Saksi-saksi mendakwa bahawa para jemaah akan berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih pada bulan Ramadhan dalam kegelapan dengan mematikan setiap suis lampu dan menyembunyikan selipar agar tidak dikesan oleh pihak berkuasa.

Difahamkan, pihak berkuasa agama Kelantan telah memberi kebenaran untuk solat Tarawih di masjid dan surau di tujuh daerah di negeri ini yang merangkumi; Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Tumpat pada bulan Ramadan.

SOP yang disediakan oleh negeri tersebut adalah menghadkan kehadiran solat berjemaah antara 70% hingga 50% dari kapasiti sebenar dan sesi solat terhad kepada hanya 45 minit.

Langgar SOP adalah berdosa

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata melanggar SOP sekali gus melanggar arahan kerajaan tetap berdosa walaupun solat yang dilakukan jemaah berkenaan sah.

Saya akui jemaah mahu mengejar pahala yang banyak dengan solat berjemaah di masjid atau surau walaupun kerajaan tidak membenarkan. Namun jemaah kena ingat, solat di rumah secara berjemaah juga walaupun hanya berdua, pahalanya tetap sama.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Tambahan lagi, beliau meluahkan rasa tidak senang dengan mereka yang mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan kepentingan awam. Beliau turut berharap bahawa apa yang berlaku di Pauh Lima menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Katanya, hadis Nabi juga jelas mengatakan bila berlaku sesuatu wabak di sesuatu tempat, penduduk di kawasan itu dilarang untuk keluar. Dengan itu pelaksanaan PKP bertepatan dengan sunnah.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd