Pakai Dua Mask Sekali, Cadang Dr Noor Hisham Untuk Kurangkan Lagi Risiko Jangkitan
Cadangan ini adalah untuk lebih meminimumkan lagi risiko dijangkiti virus Covid-19.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Umum sedia maklum, hari ini, 20 Mei 2021, kes baru positif Covid-19 di Malaysia merupakan kes harian paling tinggi dalam sejarah di mana negara telah mencapai 6,806 kes berbanding semalam, 19 Mei 2021 dengan 6,075 kes dikesan.
BACA SINI: [TERKINI] Kes Baru Positif Covid-19 Hari Ini Paling Tinggi Dalam Dejarah Iaitu 6,806
Negeri dengan jumlah kes tertinggi adalah Selangor yang mempunyai 2,277 kes baru, diikuti oleh Kuala Lumpur (655), Johor (615), Sarawak (608), Kelantan (426), dan Kedah (417).
Pakai pelitup muka tambahan selapis lagi
Menurut laporan, KKM mengeluarkan kenyataan di mana orang ramai digalakkan memakai pelitup muka tambahan selapis lagi untuk lebih meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amalan itu digalakkan berdasarkan eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).
Pemakaian pelitup muka perubatan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua boleh mengurangkan lagi risiko pemakai kepada pendedahan virus.
Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya. Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Reaksi warganet berkenaan cadangan ini


Apa pula pendapat anda mengenai cadangan ini?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.