Now Reading
Neelofa & Suami Bebas Dengan Jaminan, Namun Rakyat Malaysia Ingin Mereka Di Penjara

Neelofa & Suami Bebas Dengan Jaminan, Namun Rakyat Malaysia Ingin Mereka Di Penjara

Pasangan itu telah membayar wang jaminan RM15,000.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Hari ini (20 Mei), pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan pasangannya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah kerana melanggar SOP Covid-19 selepas dikatakan membeli karpet di Nilai, Seremban ketika PKP.

BACA SINI: Msians Angered By Pics Allegedly Showing SOP Violations By Minister, Celebrities & Preachers Over The Weekend

Muncul pagi ini di Mahkamah Majistret Seremban, kedua-duanya didakwa berdasarkan Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021 – yang membawa hukuman maksimum denda RM50,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Muhammad Haris didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka

Manakala, Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama. Mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.

#PenjarakanNeelofa

Neelofa dan keluarganya mendapat perhatian orang ramai berikutan tuduhan yang berterusan dan tuduhan pelanggaran SOP Covid-19 tanpa henti.

Tuduhan terbaru terhadap selebriti itu adalah ketika keluarganya dikatakan melanggar SOP (sekali lagi) semasa Hari Raya Aidilfitri ketika 10 ahli keluarganya berkumpul untuk meraikan bersama walaupun tidak tinggal di rumah yang sama.

BACA SINI: Neelofa & Keluarga Sekali Lagi Didakwa Langgar SOP Ketika Beraya

Sehingga kini, ramai orang yang telah penat dan muak dengan telatah selebriti itu.

Malah, dengan lebih dari 17,000 tandatangan (ketika artikel ini ditulis), rakyat Malaysia memohon agar Neelofa di penjara.

Kredit: Change.org

Petisyen itu disertakan dengan kenyataan yang mengatakan bahawa Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik COVID-19. Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang ‘double standard’ dikenakan terhadap beliau.

Panggilan yang sama dengan #PenjarakanNeelofa (menempatkan Neelofa di penjara) juga pernah dilihat di media sosial.

Selebriti lain pun dah penat…

Dalam temu bual dengan mStar, selebriti Azwan Ali A.K.A. Diva AA, telah mengecam Neelofa kerana ‘kebodohan’ dan ketidakpeduliannya terhadap undang-undang serta perjuangan yang telah dilakukan oleh rakyat Malaysia ketika pandemik ini berlaku.

Dia turut mendesak agar individu seperti ini di penjara.

@mstarmalaysia

Azwan Ali gesa tindakan tegas terhadap Neelofa kerana kerap kali langgar SOP. #mstarmalaysia #fyp #DivaAA

♬ original sound – mStar Official

BACA SINI: Neelofa Compounded RM20K Over Wedding SOP Fail, Whole Fiasco Cost Family RM60K


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd