Now Reading
Malaysia, Indonesia & Brunei Bersatu Mengutuk Kezaliman Israel

Malaysia, Indonesia & Brunei Bersatu Mengutuk Kezaliman Israel

Mereka melabel Israel sebagai Kuasa Penjajah dengan dasar tidak berperikemanusiaan, penjajahan, dan apartheid terhadap rakyat Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Para pemimpin Malaysia, Indonesia, dan Brunei, dalam satu kenyataan bersama – telah mengutuk pemerintah Israel yang mensasarkan orang awam di seluruh wilayah yang diduduki oleh rakyat Palestin.

Melabel tindakan tersebut sebagai pelanggaran terang-terangan yang berulang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ir. H. Joko Widodo, dan Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah mengatakan bahawa Israel telah menyebabkan penderitaan ramai orang, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Mereka juga menyuarakan keprihatinan mereka mengenai pengembangan penempatan haram, dan pembongkaran serta penyitaan struktur milik Palestin di seluruh Bank Barat yang diduduki, termasuk Yerusalem Timur.

Kami juga mengutuk pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia yang dilakukan oleh Israel, Kuasa Menduduki, melalui kebijakannya yang tidak berperikemanusiaan, kolonial, dan apartheid terhadap orang-orang Palestin di Wilayah yang diduduki oleh Palestin, dan oleh itu menyeru agar tindakan segera dan sewajarnya dilakukan untuk memastikan supaya tindakan tidak berperikemanusiaan itu dipertanggungjawabkan oleh pihak Israel.

Kenyataan bersama Perdana Menteri Malaysia, Presiden Indonesia, dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertarikh 16 Mei 2021.

Mereka meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan perlindungan orang awam Palestin dan meminta sesi darurat Majlis Umum PBB.

Kami menyeru masyarakat internasional untuk tetap tegas dalam komitmen mereka bagi melindungi “penyelesaian dua negara” ke arah mencapai Kemerdekaan Negara Palestin, berdasarkan perbatasan pra-1967, dengan Yerusalem Timur sebagai ibu kotanya. Kami mengulangi solidariti dan komitmen kami kepada rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, dan pembentukan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Kenyataan bersama Perdana Menteri Malaysia, Presiden Indonesia, dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertarikh 16 Mei 2021.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd