[TERKINI] Kuala Lumpur & 3 Daerah Di Johor Akan Berada Di Bawah PKP Mulai 7 Mei
Ismail Sabri memberitahu bahawa SOP untuk daerah-daerah terbabit adalah sama sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Ibu kota Kuala Lumpur akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 7 hingga 20 Mei – begitu juga dengan daerah di Johor Bharu, Kulai, dan Kota Tinggi.
The Star melaporkan bahawa keputusan itu dibuat selepas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan sejak 1 hingga 27 April lepas dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

Setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKP di seluruh Kuala Lumpur hingga 20 Mei dengan SOP sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Antaranya merupakan perjalanan merentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan kecuali atas alasan kerja atau kecemasan sahaja.
Restoran, trak makanan, penjaja, dan kios akan dibenarkan untuk beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam tetapi hanya untuk penghantaran ke rumah dan bawa pulang sahaja.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.