[TERKINI] Bazar Ramadan & Aidilfitri Dibenar Beroperasi Ketika PKP – Menteri WP
Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa turut menggesa supaya orang ramai tidak membawa anak atau bayi kecil ketika membeli-belah di bazar Aidilfitri nanti.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur akan dibenarkan beroperasi sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang bakal berkuatkuasa bermula esok, 7 Mei 2021.
Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, mengatakan bazar Ramadan dibenarkan beropasi dari 3 petang hingga 8 malam, sementara bazar Aidilfitri boleh dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.
“Untuk mengelakkan kesesakan di bazar, jumlah pengunjung pada satu masa perlu dikawal dengan memberikan kad nombor giliran.
“Jumlah pengunjung akan ditentukan dengan jumlah gerai yang dikalikan dengan tiga orang,” katanya pada sidang media di Menara DBKL.
Banyak peniaga telah menyimpan bekalan Hari Raya Aidilfitri dan mereka perlu menjualnya
Untuk bazar Aidilfitri pula, Annuar berkata peniaga boleh beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Namun begitu, beliau berharap agar pengunjung yang pergi ke bazar ini tidak melakukan window shopping, tetapi membuat pembelian dengan cepat dan meninggalkan premis secepat mungkin.
Beliau turut menasihati pengunjung ke bazar supaya tidak membawa anak-anak dan bayi kecil.
Dia menjelaskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan kuasa mereka untuk menutup mana-mana bazar sekiranya operasi tersebut tidak mematuhi SOP selama tiga hari dan membenarkan pembukaan semula setelah SOP dilaksanakan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.