Now Reading
[DIKEMASKINI] SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)

[DIKEMASKINI] SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)

Senarai SOP yang dikeluarkan ini telah dikemaskini pada Rabu, 5 Mei 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Umum sedia maklum, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan enam daerah di Selangor di bawah Perintah Kawalan Pergerakan bermula 6 hingga 17 Mei ini. Manakala, Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Johor, Terengganu, dan Perak pula akan berada di bawah PKP bermula 7 hingga 20 Mei.

Bagi memudahkan anda, kami menyediakan ringkasan yang mudah difahami untuk SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) seperti di bawah:


Aktiviti yang dibenarkan

  • Sektor ekonomi yang dibenarkan
  • Membeli/mendapatkan barang keperluan
  • Mendapatkan rawatan kesihatan & perubatan
  • Menjalankan urusan Rasmi Kerajaan dan tugas kehakiman

Aktiviti tidak dibenarkan

  • Pergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM
  • Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM

Aktiviti yang berada di dalam (Negative List)

  • Operasi SPA dan refleksologi.
  • Aktiviti di kelab malam atau pub, taman tema, indoor playground, karaoke, dan panggung wayang.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang disenaraikan TIDAK DIBENARKAN dalam SOP Am sektor Sukan dan Rekreasi oleh Kementerian Belia dan Sukan.
  • Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD, pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.

Lain-lain yang tidak dibenarkan merupakan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal termasuk perkara yang bakal diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Kredit: Malay Mail

Kawalan pergerakan

  • PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.
  • Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).
  • Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian adalah mengikut kapasiti kenderaan bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet, keperluan asas dan keperluan harian dalam daerah yang sama dengan kediamannya atau daerah paling hampir dengan kediamannya sekiranya bekalan keperluan tersebut tiada di kawasan tersebut.
  • Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.
  • Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
  • Pergerakan bagi operasi dan perkhidmatan awam serta swasta adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
  • Semua murid / pelajar institusi pendidikan dibenarkan hadir ke institusi pendidikan merentas kawasan PKP atau PKPB atau PKPP mengikut takwim persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan dokumen pengesahan daripada KPM dan pergerakan pergi dan balik ditemani oleh ibu bapa /penjaga. Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada penilaian risiko Jabatan Kesihatan Negeri dan pengumuman terkini oleh KPM.
  • Pergerakan guru /pensyarah / tenaga pengajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dibenarkan di sekolah / institusi pendidikan dengan pengesahan daripada KPM atau KPT.
  • Kolej matrikulasi dibenarkan dalam tempoh PKP. Pelajar yang berada di sekolah berasrama / universiti / institusi dibenarkan untuk berada di sekolah berasrama/ universiti/ institusi tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
  • Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.
  • Pergerakan bagi kemasukan pelajar-pelajar ke asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan oleh KPM dan KPT adalah dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.
  • Pelajar yang berkeperluan perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus dari IPT berkenaan.
  • Penghantaran pulang pelajar yang berada di asrama adalah secara berperingkat mengikut ketetapan pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Pergerakan merentas daerah bagi tujuan ini adalah dibenarkan dengan surat kebenaran dari pihak KPM / KPT / IPT.
  • Pergerakan bagi kemasukan pelajar-pelajar ke asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan oleh KPM dan KPT adalah dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.
  • Pelajarasrama/InstitusiPendidikanyangberadadikawasanPKPDadalahtidakdibenarkanpulangke rumah.
  • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti bencana alam dibenarkan.
  • Pergerakan bantuan bencana/kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.
  • Kebenaran rentas negeri dibenarkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh dengan mendapatkan kebenaran PDRM.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dibenarkan merentas daerah dan negeri masing- masing dalam tempoh PKP dengan tujuan urusan rasmi atau melawat kawasan.
  • PCAdanRGLantaraMalaysiadanSingapuraadalahberdasarkanperjanjianyangtelahdipersetujui.
  • PergerakanbagiPelawatPerniagaanJangkaPendekdibawahkelulusanInisiatifOneStopCentre(OSC) untuk tujuan rasmi / perniagaan dibenarkan setelah mendapat kebenaran PDRM.
  • Individu yang perlu merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
  • Lain-lain pergerakan yang dibenarkan dalam SOP ini.

Aktiviti dalam kawasan PKP

  • Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (sepanjang bulan Ramadan sahaja).
  • Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran bermula jam 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam (sepanjang bulan Ramadan sahaja). Dine-in tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
  • Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam atau mengikut syarat lesen (mana yang lebih awal).
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
  • Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 petang.
  • Pasar Borong boleh beroperasi dari jam 12:00 pagi sehingga 6:00 pagi dan 11:00 pagi sehingga 4:00 petang.
  • Pasar malam boleh beroperasi dari jam 4:00 petang hingga 10:00 malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
  • Bazar Aidilfitri boleh beroperasi dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan pihak berkuasa serta anggota RELA/PBT.
  • Bazar Ramadan boleh beroperasi dari jam 3:00 petang hingga 8:00 malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan pihak berkuasa serta anggota RELA/PBT.
Kredit gambar: Sayuti Zainuddin/Malay Mail

Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi Bazar Ramadaan, Bazar Aidilfitri dan pasar malam adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  • Klinik dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Kedai dobi, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja) dibenarkan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
  • Lain-lain aktiviti yang diberikan kelulusan oleh Kementerian/ Agensi/ PBT dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kebenaran operasi dan pergerakan bagi perkhidmatan awam dan swasta

  • Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh Kementerian/ Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran/ surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan.
  • Pergerakan urusan rasmi Kerajaan perlu disertai oleh dokumen pengesahan majikan.
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam berdasarkan kepada Pekeliling/ Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Manakala bagi sektor swasta berdasarkan kepada 30% bagi Kumpulan Pengurusan dan jumlah pekerja operasi/ sokongan ditetapkan oleh majikan.

Protokol kesihatan umum

  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter.
  • Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
  • Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Pengecualian diberikan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.
  • Pelanggan / pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis.
  • Bagi kompleks membeli belah / pasar raya / departmental store, pelanggan hanya perlu menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap premis perniagaan bawah satu kompleks.
  • Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah TIDAK DIBENARKAN memasuki kompleks dan premis.
  • Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” dalam MySejahtera, sahaja yang dibenarkan masuk ke kompleks / premis masing-masing.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal 1 meter radius dalam sesuatu masa.
  • Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran perlu digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
  • Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.
  • Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis.
  • Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak KECUALI bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:
    a. Kediaman sendiri dan melibatkan ahli isi rumah;
    b. Bilik Hotel/Penginapan Berbayar Bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah; c. Ruang kerja bersendirian;
    d. Aktiviti sukan & rekreasi indoor dan outdoor;
    e. Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah;
    f. Kawasan dan tempat awam indoor / outdoor tanpa ada individu lain; dan
    g. Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain.

Mesyuarat, aktiviti keagamaan, pusat jagaan harian, pusat asuhan kanak- kanak, TASKA, Tadika dan Tabika, aktiviti sukan dan riadah

  • Mesyuarat: Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar TIDAK DIBENARKAN dan perlu dilaksanakan secara sidang video.
  • Aktiviti keagamaan: Aktiviti agama Islam seperti Solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid / surau, majlis ilmu, akad nikah dan pengkebumian adalah DIBENARKAN mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Aktiviti Rumah Ibadat Bukan Islam adalah DIBENARKAN tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Negara.
  • Upacara pernikahan (akad nikah) Islam di Jabatan Agama dan masjid DIBENARKAN dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Untuk pendaftaran perkahwinan bagi bukan Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rumah Ibadat dan Persatuan Agama DIBENARKAN dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak JPN.
  • Pusat asuhan kanak-kanak, taska, tabika dan tadika dibenarkan beroperasi dengan kebenaran beroperasi oleh Kementerian/Agensi berkaitan.
  • Ibubapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.
  • Pusat jagaan harian bagi Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Wanita dan Pusat Jagaan Pelbagai dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi adalah tertakluk kepada SOP Am Sektor PKP Sukan dan Rekreasi oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Aktiviti sosial, industri kreatif, dan lain-lain aktiviti

  • Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis pernikahan, pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agens luar adalah TIDAK DIBENARKAN dan boleh dilaksanakan secara sidang video.
  • Seminar/ Bengkel / Kursus/ Latihan/ Persidangan/Ceramah/Pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Aktiviti rakaman bagi muzik, konsert, penggambaran filem, bual bicara dan seumpamanya DIBENARKAN bagi rakaman dalaman (studio) TERHAD di dalam kawasan PKP sahaja dengan jumlah kru yang minima dan TANPA PENONTON serta mematuhi SOP Industri Kreatif.
  • Aktiviti indoor busking dalam premis bangunan, kafe, food court dan lokasi yang tidak terbuka secara total DIBENARKAN.
  • Institut Memandu dan Pusat Latihan Penerbangan dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP berdasarkan SOP yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  • Aktiviti memancing dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP berdasarkan SOP yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Senarai SOP di atas telah dikemaskini pada Khamis, 5 Mei 2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd