[TERKINI] Operasi Bazar Ramadan Dibatalkan & Antara SOP Lain Diumumkan Oleh Kerajaan Selangor
Kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap peniaga bazar Ramadan bagi meringankan beban mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan operasi Bazar Ramadan di negeri itu bermula 8 Mei 2021, (Sabtu) ini.
Berikut merupakan antara SOP lain yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada satu sidang media yang diadakan kira-kira jam 4 petang tadi:
Bazar Hari Raya Aidilfitri
Bazar Hari Raya Aidilfitri dan pasar malam masih dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat sepanjang PKP di 6 daerah di Selangor. Namun, ianya hanya dibenarkan sehingga jam 10 malam dan ada kawalan jumlah pengunjung.
Makan di restoran (dine-in)
Dine-in di semua restoran, hotel termasuk buffet Ramadan di Selangor TIDAK DIBENARKAN bermula esok 6 Mei 2021. Hanya dibenarkan bungkus makanan.
Walau bagaimanapun, kedai makan, kedai runcit, stesen minyak boleh operasi 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Sekolah di kawasan Selangor
Semua sekolah di bawah KPM di seluruh Selangor akan ditutup lebih awal iaitu bermula pada 6 Mei 2021, Khamis.
Namun begitu, Amirudin berkata, bazar Ramadan akan diberikan masa sehingga hari Sabtu untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan operasi mereka.
Dia menambah bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap peniaga bazar Ramadan bagi meringankan beban mereka.
Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob, yang mengumumkan PKP di Selangor semalam, mengatakan bahawa premis perniagaan ini hanya akan dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam.
Amirudin turut menambah bahawa perincian lain akan diputuskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.