Now Reading
SOP Hari Raya: Ini Perkara Yang Boleh & Tak Boleh Dilakukan

SOP Hari Raya: Ini Perkara Yang Boleh & Tak Boleh Dilakukan

Balik kampung pun tak boleh ye.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Rakyat Malaysia sekali lagi bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan dipenuhi dengan SOP pada hari raya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Berikut merupakan peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa;

Takbir Hari Raya

Hanya orang Islam yang tinggal di bawah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan dibenarkan menghadiri sesi ‘takbir’ Hari Raya Aidilfitri di masjid dan surau.

Namun, setiap orang perlu mematuhi SOP yang disediakan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Takbir Hari Raya adalah tidak dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Takbir Hari Raya dari rumah-ke-rumah tidak akan dibenarkan di seluruh negara.

Solat Sunat Hari Raya

Solat Sunat Hari Raya hanya dibenarkan di masjid dan surau di kawasan PKP, PKPB dan PKPP bergantung kepada garis panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Kunjung-mengunjung & rumah terbuka

Rumah terbuka dilarang sama sekali di semua kawasan. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia di kawasan PKP hanya dibenarkan untuk kunjung-mengunjung pada Hari Raya pertama.

Kehadiran tetamu adalah terhad kepada maksimum 15 orang pada satu masa. Garis panduan jarak fizikal dan lain-lain Covid-19 juga mesti dijaga.

Bagi mereka yang berada di kawasan PKPB (maksimum tetamu 20 orang) dan PKPP (maksimum tetamu 25 orang), kunjung-mengunjung boleh dilakukan antara Hari Raya pertama dan ketiga.

Mereka yang berada di kawasan PKPD langsung tidak dibenarkan untuk menerima tetamu.

Ziarah kubur

Mereka yang berada di kawasan PKPB dan PKBB akan dibenarkan mengunjungi kubur pada Hari Raya. Walau bagaimanapun, menziarah kubur hanya dibenarkan untuk terhad kepada 6 orang dan selama 30 minit sahaja.

Aktiviti ziarah kubur adalah tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd