“Anda Dibenarkan Rentas Daerah Jika Ada Temu Janji Untuk Dapat Suntikan Vaksin” – KJ
Anda hanya harus menunjukkan bukti temu janji melalui Aplikasi MySejahtera.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Anda masih boleh merentas daerah jika mempunyai temu janji untuk mendapatkan suntikan vaksin, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Dia mengatakan bahawa penerima vaksin tidak perlu mendapatkan surat polis tetapi harus menunjukkan bukti temu janji mereka di Aplikasi MySejahtera, laman web atau melalui SMS.
Saya baru sahaja jelaskan isu rentas daerah untuk tujuan vaksinasi dengan @IsmailSabri60. Penerima vaksin TIDAK perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam MySj atau laman web atau SMS.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 4, 2021
Kerajaan sebelum ini telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor bermula dari 6 hingga 17 Mei.
Ismail Sabri dalam satu sidang media mengatakan bahawa mereka yang tinggal di kawasan-kawasan ini tidak dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri atau daerah dalam tempoh tersebut.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.