Now Reading
PKP Untuk Enam Daerah Di Selangor Bermula 6 Hingga 17 Mei

PKP Untuk Enam Daerah Di Selangor Bermula 6 Hingga 17 Mei

Perjalanan antara negeri dan antara daerah adalah tidak dibenarkan melainkan jika berlaku kecemasan di kesemua kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Selangor kini akan kembali di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 6 Mei hingga 17 Mei 2021, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ia akan melibatkan 6 dari 9 daerah:

  • Hulu Langat
  • Petaling
  • Gombak
  • Klang
  • Kuala Langat
  • Sepang

Bagi Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, kawasan-kawasan ini akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ismail Sabri mengatakan keputusan itu dibuat oleh kerana terdapat peningkatan kes Covid-19 dan kerajaan ingin memutuskan rantai jangkitan ini.

Ismail Sabri juga mengatakan perjalanan antara negeri dan antara daerah adalah tidak dibenarkan melainkan jika berlaku kecemasan.

SOP di sekitar kawasan PKP akan sama dengan kawasan lain seperti Kelantan dan beberapa daerah di Kedah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Restoran dan tempat makan akan dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 12 pagi tetapi untuk makan (dine-in) di restoran adalah tidak dibenarkan. Sementara itu, kedai dan farmasi boleh beroperasi antara jam 6 pagi hingga 10 malam.

Bagi stesen minyak pula akan dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 10 malam. Namun, stesen minyak yang terletak di lebuh raya boleh beroperasi selama 24 jam.

Ismail Sabri juga menyebutkan bahawa hospital dan klinik akan dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Bagi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar mingguan, mereka dibenarkan buka dari jam 6 pagi hingga 2 petang.

Bazar masih diizinkan menurut SOP, kata Ismail Sabri – tetapi ianya terserah kepada kerajaan negeri jika ingin menutupnya.

Kegiatan ekonomi masih boleh diteruskan tetapi mengikut SOP yang ketat. Namun, aktiviti sosial adalah tidak dibenarkan.

Sekiranya anda tertanya-tanya, berikut adalah daerah di Selangor:

Kredit: Wikipedia

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd