Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tol pada tahun ini untuk tempoh bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember.
Berita Harian melaporkan bahawa ia melibatkan tiga lebuh raya yang seharusnya mendapat kenaikan kadar tol mulai 1 Januari, iaitu:
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, setelah mempertimbangkan kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia berikutan tercetusnya Covid-19.
Selain itu, katanya, penangguhan kenaikan kadar tol juga akan terus meliputi sejumlah lebuh raya dan plaza tol.
Ini melibatkan 21 lebuh raya dan satu plaza tol (digantung untuk semua kelas kenderaan), termasuk:
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
- Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
- Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything.
Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.