Now Reading
KKM Gagal Kesan Lebih 100 Individu Positif Covid-19 Gara-gara Beri Alamat Palsu Di Sarawak

KKM Gagal Kesan Lebih 100 Individu Positif Covid-19 Gara-gara Beri Alamat Palsu Di Sarawak

Individu yang memberikan alamat peribadi dan alamat palsu kepada pihak KKM bakal berhadapan dengan penguatkuasaan undang-undang dan dibawa ke muka pengadilan.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Lebih 100 individu positif Covid-19 di Bintulu, Sarawak dari 12 hingga 21 April masih gagal dihubungi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga hari ini.

Ini kerana individu-individu yang terbabit telah memberikan alamat serta maklumat peribadi palsu sekali gus menyukarkan pihak KKM untuk menjejaki mereka bagi tujuan rawatan dan kuarantin.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa semua individu terbabit mempunyai masa 24 jam untuk datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Bintulu bagi membolehkan mereka dirawat dan dikuarantin.

Menurut laporan, jika mereka gagal untuk berbuat demikian, mereka akan dikena dan dihadapkan dengan penguatkuasaan undang-undang termasuk mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan serta membawa mereka ke muka pengadilan.

Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri, namun mendatangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga, rakan taulan serta seluruh komuniti yang berada berdekatan.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Bukan itu sahaja, sikap mereka yang telah memberikan alamat serta maklumat palsu juga turut menyukarkan usaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 di bahagian ini.

Selan itu, Tiong turut memberikan amaran buat majikan yang menyembunyikan status kesihatan pekerja yang disahkan positif Covid-19 dengan memaksa mereka berbohong bagi mengelakkan premis ditutup sementara bagi tujuan sanitasi.


Kongsikan cerita menarik korang di bulan puasa bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd