Now Reading
“Kenapa Anak Kapal KRI Nanggala Tak Keluar & Berenang Ke Permukaan?” – Ini Penjelasan Sebenar

“Kenapa Anak Kapal KRI Nanggala Tak Keluar & Berenang Ke Permukaan?” – Ini Penjelasan Sebenar

Kapal selam Indonesia KRI Nanggala 402 dan kesemua 53 anak kapal tidak berjaya diselamatkan setelah berada di kedalaman melebihi 800 meter.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Umum sedia maklum tentang kapal selam KRI Nanggala 402 yang dilaporkan telah hilang dari radar ketika dalam misi latihan penembakan torpedo di perairan Bali.

Namun begitu, pada 24 April, tentera laut memaklumkan serpihan daripada kapal selam itu – termasuk barangan daripada dalam aset berkenaan ditemukan, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat. Menurut laporan, kapal tersebut mungkin terputus bekalan elektrik dan menyebabkan ia tidak dapat timbul ke permukaan.

Bagaimanapun, Ketua Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, menolak kemungkinan berlakunya letupan kerana bukti sedia ada menunjukkan ia terputus akibat tekanan air laut pada kedalaman lebih 800 meter, melebihi kemampuan aset itu.

Kredit: The Jakarta Post

Usaha mencari telah berlaku sejak awal pagi Rabu, 21 April, sehingga Nanggara 402 diumumkan tenggelam pada hari Sabtu, 24 April, selepas kehabisan oksigen. Semalam, 25 April, TNI memberitahu bahawa mereka telah berjaya menjejaki Nanggara 402 dan difahamkan bahawa kapal selam dengan 53 kru itu telah terbelah kepada tiga bahagian dan kesemua anak kapal tidak dapat diselamatkan.

Beberapa persoalan telah dilontarkan oleh warganet. Contohnya: “Kenapa anak kapal KRI Nanggala tak keluar dari kapal dan berenang ke permukaan?”

Mungkin ramai yang belum tahu tentang penjelasan sebenar akan persoalan ini. Jadi, seorang pengguna Twitter iaitu Abdul Razak telah memberikan penerangan yang simple dan mudah untuk difahami oleh orang ramai.

Perkongsian melalui rangkaian tweets tersebut telah berjaya meraih lebih 15.5K retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Menurutnya, kapal selam tersebut telah berada pada kedalaman 850 meter. Dan dengan kedalaman tersebut, anggaran kasar seberat 800 tan akan menimpa kru kapal jika mereka membuat keputusan untuk keluar dari kapal.

Sebagai contoh, bayangkan jika sebuah lori 3 tan menghempap badan kita, pasti pecah isi perut, inikan pula 800 tan. Sebab itulah cara yang paling selamat adalah dengan mengapungkan semula kapal selam tersebut.

Dia turut menambah, kiraan dalam gambar yang disediakan di atas belum ditambah dengan tekanan atmosfera. Jadi, nilainya akan jadi lebih dari 800 tan.

Kredit: The Jakarta Post

Salam takziah kami ucapkan buat 53 kru KRI Nanggala 420. Al-Fatihah.


Kongsikan cerita menarik korang di bulan puasa bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd