CBN ‘Terselamat’ Tapi Pihak Sekolah Dikatakan Tolak Usaha Jadikannya Sebagai Tapak Warisan Negara
Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh pegangan pajakan tanah tapak sekolah bersejarah itu.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Kerajaan telah mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) untuk menyambung tempoh pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu yang bakal berakhir pada 6 September 2021.
Satu kenyataan yang diterbitkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengatakan bahawa Putrajaya mengiktiraf sumbangan CBN selama bertahun-tahun kepada negara dan meluluskan peluasan itu khusus untuk tujuan pendidikan.
Kerajaan berharap sekolah ini dapat terus melahirkan individu yang berpendidikan dan berkualiti untuk kebaikan negara dan terus berada dalam senarai institusi tertinggi Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan.
Rakyat Malaysia baru-baru ini telah memulakan satu petisyen dipanggil “Save SMK Convent Bukit Nanas” setelah pihak awam mengetahui bahawa pajakan tanah sekolah tersebut akan berakhir pada 6 September 2021 dan pentadbirannya mencabar keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui pajakan.
Beberapa bekas alumni terkemuka CBN seperti Tan Sri Rafidah Aziz turut membuat rayuan agar bangunan bersejarah itu diiktiraf sebagai tapak warisan negara.
Namun, menurut Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP), keputusan untuk tidak memperbaharui pajakan CBN ialah – bukan untuk merobohkan bangunan ikonik itu, tetapi untuk mengembalikannya kepada kerajaan untuk diwartakan sebagai sekolah kerajaan yang ditanggung sepenuhnya.
BACA SINI: “Selamatkan Convent Bukit Nanas!” Tapi Kenapa? Ini Sebabnya
Oleh itu, berikutan perkembangan terbaru ini, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) mengatakan bahawa kerajaan telah berusaha dan gagal menjadikan CBN sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Nasional 2005 (Akta 645).
Satu kenyataan yang dibuat oleh MOTAC mengatakan bahawa Jabatan Warisan Nasional (JWN) pada 2008 telah memulakan proses untuk mengisytiharkan CBN sebagai tapak warisan nasional dengan Kerajaan Persekutuan, yang kemudiannya menyetujui permintaan tersebut pada tahun 2010.
Namun, tindakan itu ditolak oleh pentadbiran CBN pada tahun 2011 dan sekolah itu tidak pernah ditetapkan sebagai tapak warisan.
Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri mengatakan bahawa CBN sesuai dengan rang undang-undang itu untuk diiktiraf sebagai tapak warisan berdasarkan sejarah, seni bina, dan warisannya.
Beliau menyatakan bahawa pentadbiran CBN boleh terus mentadbir sekolah tersebut walaupun setelah ianya ditetapkan sebagai tapak warisan negara. Pihak sekolah juga diminta supaya mempertimbang dan mencalonkan CBN demi untuk memulihara dan melindungi bangunan tersebut.
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.