Now Reading
Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja – PDRM

Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja – PDRM

Tindakan ini adalah sebahagian daripada langkah untuk memperketat pergerakan rentas negeri berikutan kenaikan kes Covid-19 baru-baru ini.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengehadkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan dengan hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja.

Menurut laporan Astro Awani, Timbalan Ketua Polis Negara, Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjelaskan bahawa pihaknya mengambil serius akan peningkatan kes baru Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Usaha-usaha untuk mengekang penularan Covid-19 diperketatkan oleh PDRM dengan pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya membabitkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau turut menambah bahawa sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Manakala, pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan sama sekali.

Kredit: Ahmad Zamzahuri/Malay Mail

PDRM menegaskan bahawa perjalanan rentas negeri hanya diluluskan atas tujuan berikut:

  • Pekerjaan
  • Kecemasan dan kematian (melibatkan anggota keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak-anak dan adik-beradik sahaja)
  • Perubatan
  • Pendidikan
  • Pasangan jarak jauh

Perjalanan rentas negeri untuk tujuan sosial seperti perkahwinan atau jamuan adalah dilarang sama sekali.

Tindakan tegas akan diambil dan dikenakan terhadap sesiapa yang ingkar.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd