Now Reading
19 Buah Sekolah Di Petaling Diarahkan Tutup Akibat Penyebaran Covid-19

19 Buah Sekolah Di Petaling Diarahkan Tutup Akibat Penyebaran Covid-19

19 buah sekolah ini ditutup bagi tujuan kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak rapat.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Beberapa buah sekolah di seluruh Petaling, Selangor diarahkan tutup bermula hari ini setelah jangkitan Covid-19 mulai merebak.

Bernama melaporkan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah memerintahkan 19 buah sekolah ditutup bagi tujuan kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak rapat.

Berikut merupakan sekolah-sekolah yang ditutup:

  • SAM Bestari Subang (4 kes)
  • SMK Puchong Utama 1 (4 kes)
  • SK USJ 20 (2 kes)
  • SMK USJ 23 (2 kes)
  • SMK Bukit Jelutong (1 kes)
  • SK Puchong Perdana (1 kes)
  • SK Bandar Baru Sri Damansara 2 (1 kes)
  • SK Bukit Kuchai (1 kes)
  • SMK Bandar Sri Damansara 2 (1 kes)
  • SK Bandar Sri Damansara 3 (1 kes)
  • SJKC Yuk Chai (1 kes)
  • SMK Damansara Jaya (1 kes)
  • SK Bukit Jelutong (1 kes)
  • SMK Seksyen 7 (1 kes)
  • SMK Puchong (1 kes)
  • SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara (1 kes)
  • SMK Bandar Puncak Jalil (1 kes)
  • SMK Seksyen 20 (1 kes)
  • SMK Puchong Perdana (1 kes)

Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.

Pada Mac yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa 41 kelompok Covid-19 dikaitkan dengan pembukaan semula sekolah di seluruh negara, termasuk institusi pengajian tinggi, sekolah Islam, sekolah menengah, sekolah rendah dan prasekolah.

Sehingga 19 April 2021, Selangor mencatatkan 2,486 jangkitan aktif. Petaling merupakan zon merah dengan 1,941 kes Covid-19 telah dilaporkan dalam masa 14 hari.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd