Now Reading
[VIDEO] Lelaki 50 Tahun Cekik & Ugut Pekerja Kedai Lepas Ditegur Tak Ikut SOP

[VIDEO] Lelaki 50 Tahun Cekik & Ugut Pekerja Kedai Lepas Ditegur Tak Ikut SOP

Video berdurasi lebih satu minit di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai baju putih telah memarahi mangsa (pekerja kedai) dan bertindak mencekik lehernya.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Berang akibat ditegur tidak memakai pelitup muka (mask), ‘pak lebai’ ini bertindak mengugut dan mencekik pekerja kedai. Kejadian telah berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang, Seremban pada hari Ahad, 18 April, kira-kira jam 12:33 tengah hari.

Siasatan lanjut mendapati mangsa yang berusia 22 tahun itu telah menegur suspek yang berusia 50 tahun kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan. Oleh itu, suspek dikatakan mula marah dan bertindak ganas.

Rakaman CCTV kejadian itu telah dikongsikan oleh kakak kepada mangsa di laman Facebook Hajjah Syamimi kira-kira 22 jam yang lalu ketika artikel ini ditulis.

Lihat penuh di bawah:

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, suspek telah ditahan kira-kira jam 10 malam bagi membantu siasatan kes ini.

Suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Isnin untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd