Now Reading
[TERKINI] Datuk Seri Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pagi Ini

[TERKINI] Datuk Seri Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pagi Ini

Siti Nurhaliza yang sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah kini selamat melahirkan bayi lelaki. Syukur, alhamdulillah.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Hari ini, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Nurhaliza Productions, bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Datuk Seri Siti Nurhaliza.
(Kredit: Kosmo)

Suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Ucapan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang terlibat

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah S.W.T.

Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd.

Tahukah anda, anak kedua ini sebenarnya kembar kepada anak sulung beliau iaitu Siti Aafiyah?

Menurut sumber, Datuk Siti hamil dengan Siti Aafiyah tiga tahun lalu melalui proses In-Vitro Fertilization (IVF) atau pensenyawaan in-vitro sekitar tiga tahun lalu. Namun begitu, beliau mengikuti nasihat doktor ketika itu untuk tidak melakukan prosedur tersebut pada masa yang sama.

Disebabkan ini proses IVF, apabila buat peringkat-peringkat embrio itu, bayi lelaki ini sebenarnya kembar Aafiyah. Terjadi pada hari dan waktu sama.

Ketika itu doktor tidak galakkan bayi masuk dua embrio, jadi masuk satu dahulu iaitu Aafiyah. Tiga tahun selepas itu baru masuk bayi lelaki ini.

Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd