Now Reading
Nampak Sama Tapi Bukan. Laman Web Palsu Maybank2U Ini Buat Ramai Tertipu

Nampak Sama Tapi Bukan. Laman Web Palsu Maybank2U Ini Buat Ramai Tertipu

Benda-benda yang “too good to be true” ni sebenarnya perlu dielakkan. Bahaya!

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Anda mungkin perlu lebih berhati-hati setiap kali anda log masuk ke dalam akaun Maybank2U kerana penggodam (hacker) kini semakin licik dalam cubaan untuk mencuri data dan duit anda.

Pihak Maybank baru-baru ini memberi amaran bahawa ada laman web Maybank2u palsu baru yang menyasarkan pelanggan untuk mencuri maklumat perbankan peribadi mereka.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Maybank menjelaskan bahawa penipu itu menarik pelanggan untuk ke laman web Maybank2u palsu dengan menghantar pautan melalui SMS, WhatsApp atau e-mel.

Mesej berkenaan dihantar bertujuan untuk menakutkan pelanggan supaya mereka klik pada pautan tersebut dan seolah-olah mendakwa bahawa akaun bank mereka telah dinilai sebagai “berisiko tinggi” oleh sistem bank.

Malah, mereka ini juga akan tampil dengan cerita palsu kononnya ada percubaan untuk log masuk yang tidak diketahui dan pelanggan harus mengesahkan semula perincian mereka.

Persamaan antara laman web palsu dan yang sebenarnya tidak jauh beza kerana kedua-duanya mempunyai susun atur dan fon yang hampir sama. Sebab itulah pelanggan mudah tertipu untuk mendedahkan butiran log masuk, nombor telefon dan nombor IC mereka.

Kredit: @MyMaybank/Twitter

Ini cara untuk lindungi diri daripada di ‘scam’

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kebanyakkan serangan phising yang dilakukan memfokuskan kepada pengguna perbankan internet.

Pihak Maybank turut menjelaskan terdapat beberapa cara untuk anda tahu bahawa anda di dalam laman web phishing. Contohnya:

  • Anda menerima panggilan telefon, SMS, atau email meminta maklumat peribadi/keselamatan atau TAC
  • Alamat email phishing, yang bila anda klik, akan keluar laman log masuk yang kebanyakkannya URLnya bermula dengan http, bukan https. Laman web rasmi Maybank2U bermula dengan https
  • Di URL laman web phishing tersebut juga terdapat kesalahan ejaan, seperti “Mybank”, bukan Maybank

Di bawah merupakan beberapa tips untuk mengurangkan ancaman phishing dan penipuan yang sama:

  • Jangan percaya mana-mana panggilan telefon, SMS, email, laman yang meminta butiran peribadi dan identiti anda
  • Jangan klik di mana-mana link URL dalam email untuk mengisi borang pesanan email dan laman web yang tidak boleh dipercayai
  • Terus ke laman web asli bank anda dan tekan secara manual nama laman sesawang pihak bank anda dalam URL
  • Sentiasa peka dengan mana-mana kemaskini terkini keselamatan.
  • Kemaskini Operating System dan browser Internet anda dengan update keselamatan yang terkini. Gunakan software anti-virus dan kalau boleh guna firewall peribadi. Pastikan software anti-virus anda sudah dikemaskini dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini
  • Disyorkan untuk imbas (scan) PC anda secara berkala dari laman web anti-virus
  • Sekiranya skema menjana wang dalam talian nampak seperti terlalu ‘promising’, ia mungkin palsu. Biasanya ia akan berlaku untuk skema luar talian juga.

Apa perlu dilakukan jika anda tidak sengaja mengisi informasi anda?

Menurut satu perkongsian pihak Maybank di laman Twitter, perkara terbaik untuk dilakukan adalah segera menghubungi pihak Maybank di talian 03-58914744 jika anda tidak sengaja mengisi informasi peribadi anda di dalam laman web palsu tersebut.

Maybank juga menasihati pelanggan supaya memasukkan URL secara manual (http://maybank2u.com.my) setiap kali anda ingin mengakses akaun anda.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd