Now Reading
“Aktiviti Yang Benarkan ‘Mask’ Dibuka Punca Kes COVID-19 Meningkat” – Pakar Kesihatan

“Aktiviti Yang Benarkan ‘Mask’ Dibuka Punca Kes COVID-19 Meningkat” – Pakar Kesihatan

Menurut Dr Malina, kerajaan perlu kaji semula tentang kebenaran untuk membenarkan rakyat makan di luar.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman menjelaskan bahawa keadaan akan lebih terkawal apabila mengunjungi bazar, pasar raya atau sebarang aktiviti lain yang tidak memerlukan mereka untuk membuka pelitup muka (mask).

Menurut laporan yang dipetik oleh Astro Awani, beliau mengatakan setiap kali kerajaan memberikan kelonggaran daripada segi untuk makan di luar atau boleh melakukan majlis keramaian, kita akan lihat kes meningkat.

Pada pandangan saya ia sangat berkaitan dengan kebenaran membenarkan membuka pelitup muka, demikian juga yang kita saksikan selepas Pilihan Raya Sabah yang mana bila keadaan sedemikian dibenarkan, banyak kes-kes baharu yang dicatatkan.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman.

Beliau turut menyuarakan pendapatnya agar dalam tempoh dua hingga tiga minggu atau sebulan yang akan datang, perkara ini dikaji semula tentang kebenaran untuk membenarkan masyarakat makan di luar bagi membendung peningkatan yang tinggi berlaku.

Untuk aktiviti ekonomi pada pandangan saya tidak ada masalah, kalau kita patuh kepada SOP, pakai pelitup muka, jaga jarak, tidak ada isu.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman.

Tambah lagi, Dr Malina mencadangkan pihak kerajaan untuk memperhebatkan usaha vaksinasi dalam kalangan mereka dan pihak kerajaan juga boleh memulakan suntikan vaksinasi kepada mereka yang dikesan negatif semasa ujian pengesanan COVID-19.

Ujarnya, cara itu adalah untuk memastikan lebih ramai yang disuntik vaksin dalam tempoh masa yang lebih cepat. Dengan itu, ia sekali gus dapat mencapai imuniti kelompok secepat yang mungkin.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd