Restoran & Food Delivery Boleh Beroperasi Hingga 6 Pagi Pada Bulan Ramadan
Peraturan baru ini akan mula berkuatkuasa pada 13 April sehingga tamatnya bulan Ramadan.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan bahawa semua restoran dan kedai makan dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 6 pagi pada bulan Ramadan.
Ismail Sabri menjelaskan bahawa langkah itu adalah untuk menampung dan membantu rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang masih bujang dan memerlukan makanan untuk berbuka puasa.
Peraturan baru ini akan berkuatkuasa untuk semua restoran, warung, kedai kopi, restoran makanan segera dan servis penghantaran makanan, termasuk dine-in serta tapau.
Mereka dibenarkan memanjangkan waktu operasi hingga jam 6 pagi, atau mengikut syarat lesen mereka.
Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Walau bagaimanapun, peraturan ini hanya akan berlaku pada bulan Ramadan yang bermula pada 13 April dan berakhir sehingga Hari Raya Aidilfitri iaitu 12 Mei 2021. Selepas tempoh tersebut, setiap kedai makan mesti ditutup pada waktu sama seperti yang telah ditetapkan di bawah SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini.
Ismail Sabri juga menjelaskan bahawa restoran di pasar raya dan kompleks membeli-belah harus mematuhi waktu operasi iaitu sehingga jam 10 malam.
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.