Expo Watsons Beautopia 2026 Meriahkan Pavilion Bukit Jalil 23-26 Julai, Himpunkan Lebih 187 Jenama
Watsons Beautopia 2026 yang berlangsung selama empat hari ini menghimpunkan banyak jenama-jenama kecantikan, kesihatan, dan penjagaan diri terkemuka dunia dalam satu lokasi sahaja.
Watsons Beautopia 2026 berlangsung di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil dari 23 hingga 26 Julai, menghimpunkan lebih 185 jenama kecantikan antarabangsa.
Pengunjung boleh menyertai aktiviti interaktif seperti analisis kulit, konsultasi pakar, serta mendapat sampel produk dan tawaran promosi istimewa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berita baik untuk beauty lovers, Watsons Malaysia telah kembali dengan festival kesihatan, kecantikan dan kesihatan besar-besaran, Watsons Beautopia 2026 yang bertempat di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil (Aras 5, Pink Zone).
Expo yang berlangsung selama empat hari bermula semalam (23 Julai) hingga 26 Julai ini menghimpunkan banyak jenama-jenama kecantikan, kesihatan, dan penjagaan diri terkemuka dunia dalam satu lokasi sahaja.
Foto: Hazwani/BuzzKini
Lebih 185 Jenama Kecantikan & Kesihatan Buat Kemunculan Di Watsons Beautopia 2026
Diinspirasikan sempena ulang tahun Watsons ke-185, expo Beautopia ini menghimpunkan lebih 185 jenama dari seluruh dunia, termasuk jenama dari K-Beauty (Korea), J-Beauty (Jepun), C-Beauty (China), jenama antarabangsa popular serta jenama tempatan M-Beauty (produk lokal), semuanya di bawah satu bumbung.
Khas buat para pengunjung, anda berpeluang untuk menjadi individu terawal yang mencuba pelbagai produk dari seluruh dunia, termasuk formulasi terkini, ramuan inovatif serta teknologi generasi baharu dalam dunia kecantikan.
Antara Jenama Yang Ada Di Watsons Beautopia 2026
Antara jenama kecantikan dan kesihatan yang anda boleh nantikan di Expo Watsons Beautopia 2026 ini adalah 💄💅:
Boleh Shopping Sambil Sertai Aktiviti Interaktif, Analisis Kulit Pun Ada!
Selain membeli-belah, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang dianjurkan di sana termasuklah:
Demonstrasi makeup dan pemakaian produk secara langsung
Analisis kulit
Konsultasi bersama pakar
Sampel produk percuma
Tawaran promosi Happy Hour sepanjang empat hari expo berlangsung
Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai ilmu baharu menerusi siri Health & Beauty Workshops yang dikendalikan oleh pakar kecantikan, profesional industri dan pempengaruh terkenal. Sesuai buat anda yang mahu mencari produk yang paling sesuai dengan jenis kulit masing-masing.
Ahli Watsons Club Akan Dapat Banyak Hadiah Istimewa Jika Berbelanja RM100 Ke Atas
Khas buat ahli Watsons Club, anda akan menikmati lebih banyak ganjaran sepanjang Beautopia 2026. Malah, ahli yang berbelanja RM100 dan ke atas akan menerima hadiah istimewa.
Foto: BuzzKini
Buat mereka yang masih tiada rancangan hari ini sampai Ahad akan datang, jangan lupa singgah Watsons Beautopia 2026 bersama keluarga serta rakan-rakan dan jangan lupa bawa beg extra, sebab kami jamin anda akan tinggalkan expo ni dengan bermacam-macam produk dan sampel percuma. 😍
🗓️ 23-26 Julai 2026
📍Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil (Aras 5, Pink Zone)