Now Reading
[Video] Suka Mengular & Buat Urusan Lain Ketika Waktu Kerja? Ini Hukum Yang Patut Anda Tahu

[Video] Suka Mengular & Buat Urusan Lain Ketika Waktu Kerja? Ini Hukum Yang Patut Anda Tahu

Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube keberkatan gaji seseorang sebenarnya terdapat pada masa individu itu bekerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Secara umumnya, setiap tempat kerja pasti mempunyai waktu bekerja yang ditetapkan khusus buat staf untuk dipatuhi.

Namun tidak semua, ada segelintir pekerja yang dilihat keluar dari pejabat dengan pelbagai tujuan dalam tempoh waktu tersebut.

Jika atas urusan rasmi pekerjaan, sememangnya tiada masalah. Namun, ada yang mahu menguruskan urusan peribadi tanpa memberitahu majikan dan ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengular serta curi tulang.

Jangankan terkejut, bukan setakat keluar makan pada waktu yang tidak dibenarkan malah yang pergi shopping pun ada.

Pernah tak anda terfikir di dalam Islam adakah dibenarkan seseorang melakukan perbuatan tersebut dan berkatkah gaji seseorang itu?

Hukum Bergantung Kepada Perjanjian Yang Dibuat Bersama Majikan

Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, situasi itu bergantung kepada perjanjian di antara pekerja dan majikan.

Jelas beliau, jika pekerja diupah berdasarkan kontrak dan bayaran dibuat setelah kerja disiapkan, ia bukanlah menjadi satu kesalahan.

“Dia diupah buat kerja selama tiga hari, hari Ahad, Isnin, Selasa. Petang Selasa barang perlu disiapkan. Jadi hari Ahad, dia tidur. Isnin dia tidur lagi. Selasa baru bangun, selasa baru dia siapkan, tiada masalah kerana dia dibayar selepas barang disiapkan.

Namun jelas beliau, bagi individu yang makan gaji contohnya seperti kakitangan kerajaan atau swasta, pekerja terbabit perlu menjaga waktu kerja mereka.

“Tapi kalau kakitangan kerajaan, yang jenis masuk pejabat, dibayar atas masa. Bila dibayar atas masa, maka kena jaga masa,” terangnya.

Urusan Lain Pun Tidak Boleh Dibuat Ketika Waktu Bekerja

Malah, dalam video ceramah berasingan, UAI menegaskan seseorang yang bekerja mengikut masa tidak boleh membuat urusan lain ketika waktu bekerja melainkan atas izin majikan.

Mengikut masa dalam konteks ini membawa maksud mereka yang bekerja sebagai contoh mengikut waktu pejabat yang kebiasaannya pada jam 9 pagi hingga 6 petang atau 8 pagi hingga 5 petang.

Dalam video sama, UAI menegaskan hukum seseorang melakukan urusan lain ketika waktu bekerja adalah tidak dibolehkan.

“Kalau dia kerja itu dibayar dengan masa, tak boleh. Kalau dia dibayar dengan kerja (kontrak), boleh.

“Bila bayar dengan masa, bukan kata bermain, solat sunat pun tak boleh. Perlukan izin majikan, kalau (solat) fardu tak perlu izin,” jelasnya.

Keberkatan Gaji Ada Pada Masa Bekerja

Terang beliau lagi, keberkatan gaji seseorang sebenarnya terdapat pada masa individu itu bekerja.

Sekiranya waktu bekerja itu digunakan untuk urusan peribadi maka seseorang itu disarankan untuk bersedekah bagi mendapatkan balik keberkatan dalam pekerjaan.

“Masa itulah keberkatan gaji kita. Ulama-ulama dan mufti dah jawab. Kalau kita ada terlebih masa, termengular itu ini, kalau kita ragu-ragu, dapat gaji, kita sedekah.

“Bukan sedekah semua, kalau gaji RM4,000, ambil RM200 kita sedekah, mudah-mudahan jadi kafarah,” kata beliau.

Secara ringkasnya, kafarah dari segi istilah syarak bermaksud menjalankan kewajipan dalam bentuk harta atau tenaga yang dirumuskan satu tindakan yang boleh menghapuskan dosa antaranya membebaskan hamba, bersedekah atau berpuasa.

Perbuatan Sedekah Tidak Diguna Pakai Jika Ambil Barang Pejabat

Namun, perbuatan sedekah ini jelasnya tidak terpakai jika kita mengambil atau menggunakan barang pejabat.

“Kalau yang jelas, contoh ambil barang pejabat, itu tidak boleh untuk sedekah. Kena bayar dengan harga (barang). Letak balik dalam pejabat dan bertaubat kepada Allah SWT,” kata beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Terima Orang Belanja Tapi Dari Syarikat Yang Diboikot? Ini Penjelasan Dari UAI

Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Di Kedai Jual Rokok Haram Dalam Islam, Betul Ke?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd