Now Reading
Ayah Mandikan Anak Perempuan Untuk Bantu Isteri, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Ayah Mandikan Anak Perempuan Untuk Bantu Isteri, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seorang bapa boleh memandikan anak mereka jika kanak-kanak belum mencecah usia mumaiyiz.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada ketika ini, tugas menjaga dan menguruskan anak tidaklah diletakkan pada bahu ibu semata-mata.

Ramai bapa yang turut serta malah langsung tidak kekok membantu isteri menguruskan anak dalam kehidupan seharian.

Ada yang mengambil alih tugas memandikan anak. Ada juga yang dilihat turut tolong menukarkan lampin bayi.

Namun timbul persoalan, sampai bilakah si bapa boleh memandi atau membersihkan anak perempuan mereka?

Boleh Mandikan Anak Selagi Belum Sampai Umur Mumayyiz – Mufti Wilayah Persekutuan

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seorang bapa boleh memandikan anak mereka jika kanak-kanak belum mencecah usia mumaiyiz iaitu dari umur 0 sehingga 7 tahun yang tidak sabit hukum aurat kepadanya.

Untuk info, mumaiyiz adalah satu fasa di mana kanak-kanak sudah boleh membezakan perkara baik dan buruk, perkara yang bermanfaat dan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang mana kebiasaannya adalah pada usia 7 tahun dan ke atas.

Oleh itu, si bapa masih boleh menguruskan anak perempuannya sebelum mencecah usia mumayyiz namun dengan syarat tidak boleh melihat aurat si kecil iaitu pada bahagian farajnya.

Pun begitu, sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti mahu mencuci kemaluan daripada najis, ia adalah dibenarkan.

Ibu Boleh Melihat Kemaluan Anak Lelaki & Perempuan Sepanjang Tempoh Menyusu

Bagi si ibu pula, dia boleh melihat dan memegang bahagian kemaluan anak lelaki mahupun perempuan sepanjang tempoh menyusu dan asuhan atas keperluan mendesak berdasarkan kitab Fath al-Mu’in.

ويجوز لنحو الأم نظر فرجيهما ومسه زمن الرضاع والتربية للضرورة

“Individu seperti seorang ibu harus melihat dan memegang alat kelamin anak lelaki dan anak wanita sewaktu masih dalam tempoh menyusu dan asuhan kerana darurat.”

Haram Bapa Lihat Tubuh Badan Anak Perempuan Dengan Nafsu

Pada masa yang sama, laman itu turut menjelaskan haram bagi seorang bapa melihat tubuh badan anak tanpa mengira usia dengan nafsu.

“Sementara itu, fuqaha bersepakat bahawa melihat aurat kanak-kanak wanita yang disertai syahwat adalah haram hukumnya tanpa mengira usia anak kecil tersebut dan bahagian tubuh mana pun yang dilihat.

“Fuqaha turut bersepakat lelaki dewasa boleh melihat seluruh badan kanak-kanak wanita tanpa syahwat pada usia yang belum mencapai tahap boleh menimbulkan gelora syahwat bila melihatnya kecuali faraj,” tulis laman berkenaan.

Terang laman berkenaan, ia tidaklah menjadi satu masalah buat si bapa mahu mengurus atau memandikan anak perempuan mereka asalkan mengikut syarat yang ditetapkan.

Aurat Bapa & Anak Perempuan

Sekadar info, aurat seorang bapa di hadapan anak perempuan adalah dari pusat sehingga lutut.

Begitu juga dengan aurat anak perempuan dengan bapa iaitu juga dari pusat hingga lutut.

Perkara itu dijelaskan oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video ceramahnya di Facebook.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Bapa Kandung Tak Wajib Beri Nafkah Pada Anak Tak Sah Taraf? Peguam Syarie Beri Penjelasan

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Ibu Sengaja Tak Mahu Menyusu Badan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd